top of page

Azam Baki mungkin lakukan pelanggaran 3 - 4 akta?



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki didakwa berkemungkinan telah melanggar beberapa peruntukan undang undang selepas beliau mengaku mempunyai akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) dan digunakan adiknya untuk membeli sejumlah besar saham.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir, Ketua Pesuruhjaya itu berpotensi melanggar Seksyen 25 (4) Akta Perindustrian Sekuruti yang mewajibkan akaun CDS dibuka atas nama pemilik benifesiari atau penama yang disahkan.


"Suruhanjaya Sekuriti telah menghubungi Azam dan minggu depan akan ada pertemuan dengan mereka. Selain itu, kita mendesak SPRM menjalankan siasatan menyeluruh kerana dikhuariti ada peruntukan lain yang telah berlaku pelanggaran (dalam kes Azam)," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, tengah hari tadi.


Dalam sidang media itu Akmal turut mempertikaikan sekiranya pengakuan Azam itu dibuat secara agak longgar maka rakyat bertanya bagaimana untuk mengesahkan wang membeli saham tersebut benar benar milik adik beliau, kerana masih boleh berlaku dakwaan pemalsuan identiti .


"Selagi tak dapat disahkan sama ada melalui aliran wang atau menunjukkan wang tersebut milik adiknya maka (urusniaga) perlu disiasat


"Kedua, apabila wujud wang dalam akaun yang bukan miliknya, maka turut menimbulkan keraguan apabila (mungkin) sumber datang dari pihak lain dan sama ada wang melanggar dari sudut peraturan cukai.


"Bila disebut akaun CDS, adiknya juga punya akaun CDS menagapa beliau menggunakana akaun abangnya? Dari segi akta cukai perlu diteliti dan seterusnya ketidakjelasan transaksi perlu disiasat jika terdapat pelanggaran undang undang yang lain," ujarnya.

Akmal tidak puas hati penjelasan Azam Baki

Selain itu, dakwa Akmal, Azam juga boleh disiasat di bawah Akta Penggubahan Wang Haram yang mana hal itu bersangkut paut dengan Akta SPRM


"Sebelum ini apabila pengakuan dibuat kita syak berlaku pelanggaran terhadap pematuhan Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2002, perisytiharan harta pegawai awam. Iaitu memiliki saham yang perlu mendapat kebenaran pegawai atasan dan perlu mengisi lampiran G," katanya.


Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga menimbulkan persoalan ke atas kenyataan Azam bahawa beliau hanya menjawab kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM.


Katanya, tidak mungkin lembaga penasihat boleh membersihkan nama Azam sekiranya beliau melanggar undang undang, melainkan dilakukan satu siasatan bebas.


"Laporan yang kita kemukaan hari ini, kami harap polis buat siasatan menyeluruh dan kita harap perkara ini membolehkan ruang untuk kita mempertahankan integriti juga membersihkan SPRM," katanya.


Dalam sidang media sama, Akmal menempelak pemimpin Pas yang menegaskan mereka berpuas hati selepas lewat penjelasan Azam dan LPPR semalam.


Kata Akmal, sebelum ini Pas juga mengesahkan 1MDB bukan skandal kewangan tetapi selepas kejatuhan BN rakyat melihat 1MDB adalah skandal kewangan yang nyata


Justeru, Akmal mahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bertindak menyiasat isu berkaitan pemilikan saham Azam kerana SPRM meskipun telah dijadikan suruhanjaya tetapi masih di bawah bidang kuasa PM


"Locus standi itu tak jelas, kita mahu SPRM di bawah Parlimen. Bila berlaku kes ini, kita tahu SPRM masih di bawah PM. Oleh itu PM harus memainkan perananan untuk memastikan integriti SPRM terjamin," katanya.


Sidang media tersebut berakhir setelah beberapa pemimpin AMK menaikkan sepanduk meminta Azam disiasat dan berundur.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page