top of page

Azam junjung idealisme parti - Yahya Sahri

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 18, 2022
1 min read

Updated: Jul 19, 2022



Idealisme parti yang memperjuangkan rakyat merupakan tonggak kejayaan KEADILAN dalam mengharungi perjuangan selama dua dekad.


Sehubungan itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Yahya Sahri (Pak Ya) (gambar, tengah) yang menang kerusi berkenaan semalam berazam akan menguatkan lagi idealisme parti untuk meningkatkan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.


"Pak Ya ucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan perwakilan memilih Pak Ya sebagai salah seorang Ahli MPP.


"Terima kasih juga Pak Ya ucapkan kepada seluruh tenaga urusetia yang menjayakan kongres kali ke-16.


"Menjulang KEADILAN bermaksud prinsip keadilan yang mesti menjangkaui fahaman kabilah, parti dan mesti kekal menjunjung idealisme dan cita-cita murni," katanya.


Yahya merupakan perancang utama strategi menawan Selangor dalam PRU 2008 lalu. Beliau berjanji akan membantu KEADILAN dalam merangka strategi menumbangkan BN - PN dalam PRU ke 15.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page