
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor. R Yuneswaran menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki untuk bercuti sementara siasatan dijalankan ke atas beliau berikutan dakwaan pemilikan saham
Menurut Yunes, SPRM seharusnya menjaga integriti dan tidak wajar dipertikaikan oleh rakyat. Untuk itu pemimpin kanannya perlu menunjukkan tauladan yang baik.
"Kami dari AMK Malaysia datang dengan harapan SPRM harus bersih. SPRM adalah suruhanjaya yang perlu bebas dari rasuah dan ini berkaitan integriti negara
"Kami anak muda berharap Ketuan Pesuruhjaya perlu mengambil tanggungjawab sementara siasatan dijalankan, beliau harus bercuti dan itu lebih baik
"Apa yang kita lihat beliau tidak mahu bercuti dan berdepan isu ini," katanya kepada media, pagi ini.
Yunes turut menuntut SPRM direformasikan termasuk pelbagai institusi lain yang dipertikaikan rakyat.
"AMK datang meminta dengan cara baik, institusi SPRM direformasikan. Bbukan sahaja SPRM, banyak lagi institusi perlu diperbaiki, untuk masa hadapan anak muda juga
"Perkara ini penting dan serius, media antarabangsa juga telah melaporkan. Kami mendesak beliau bercuti," katanya lagi.
Pagi tadi, AMK Malaysia menganjurkan bantahan secara berkonvoi 100 kenderaan dari Dataran Putrajaya ke Ibu Pejabat SPRM sebagai menunjukkan bantahan ke atas sikap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang tidak telus dalam kes pembelian saham yang melibatkan beliau dan adiknya.
Comments