top of page

Azam Baki perlu bercuti, disiasat jika PM berwibawa - Hassan Karim



Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu bercuti dari tugas rasmi dan disiasat sekiranya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berwibawa.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, hal itu kerana SPRM terletak dalam bidang kuasa PM dan dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya di atas nasihat PM di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.


"Langkah yang telus dan adil patut diambil oleh PM Ismail Sabri ialah pertama menasihatkan Azam Baki supaya bercuti.


"Kedua, PM perlu mendapatkan nasihat dari penasihat undang-undang iaitu Peguam Negara yang juga bertindak sebagai Pendakwa Raya tentang kedudukan Azam Baki dari segi perundangan.


"PM perlu memulakan inisiatif supaya laporan rasmi kepada SPRM dan juga PDRM berkaitan Tan Sri Azam Baki dibuat," katanya.


Perkara seterusnya yang perlu dilakukan, kata Hassan, selepas siasatan selesai PM perlu menyerahkan tindakan berikutnya dijalankan secara profesional oleh pihak berkuasa.


"Serah secara profesional kertas siasatan SPRM dan PDRM kepada Jabatan Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya untuk membuat keputusan sama ada pertuduhan patut dikenakan ke atas Azam Baki ataupun tidak.


"Jika ini dapat dilakukan oleh PM Ismail Sabri dan dilihat jelas oleh rakyat bahawa beliau menangani isu ini dengan serius secara berhemah dan bertanggungjawab berdasarkan kedaulatan undang-undang maka PM akan dipuji dan dihormati oleh rakyat.


"Malah akan dilihat oleh dunia sebagai PM yang bersungguh-sungguh memerangi rasuah di Malaysia tercinta ini," katanya lagi.


Tegas Hassan, PM Ismail Sabri perlu menyelesaikan kontroversi kedudukan Azam Baki sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM bersabit isu pemilikan saham oleh beliau di syarikat tersenarai atau menghadapi risiko ketidakyakinan rakyat ke atas pentadbirannya sebagaimana PM Mahiaddin Yassin yang dijatuhkan Umno sebelum ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page