top of page

Azam Baki mesti bercuti, benarkan siasatan bebas dilakukan - Naib Ketua AMK



Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Thiban Subbramaniam mempertikaikan sama ada siasatan bebas boleh dijalankan sekiranya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkeras tidak mahu bercuti atau meletak jawatan.


Beliau berkata demikian usai memberi keterangan di IPD Putrajaya tengah hari tadi berikutan penganjuran protes konvoi AMK selamatkan SPRM, kelmarin.


"Saya baca kenyataan Azam Baki (hari ini), beliau tidak akan meletak jawatan dan kedudukan beliau hanya akan ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.


"Pada hemat saya, bila wujud keraguan tentang integriti Azam dan SPRM, seharusnya Azam mengambil cuti atau meletak jawatan jika beliau betul betul ikhlas dan berintegriti. Namun beliau berkeras untuk memegang jawatan.


"Jika beliau terus sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagaimana nak jalankan siasatan? Tentunya tak mungkin pegawai rendah SPRM berani menyiasat Ketua Pesuruhjaya dan mengambil pendirian yang berlainan," katanya.


Selain itu, Thiban juga mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tidak menunjukkan ketegasan menyelesaikan kemelut isu pemilikan saham Azam Baki berkenaan.


PM, kata Thiban, tidak mahu langsung memanggil sidang Parlimen tergempar atau menubuhkan suruhajaya siasatan khas sebagaimana didesak rakyat atau pembangkang.


"Proses yang kita lalui sehingga hari ini, dari laporan polis hingga serahan memorandum, nampak gayanya kerajaan memang tiada political will untuk memperjuangkan integriti.


"Seharusnya PM sendiri menjamin satu siasatan adil dilaksanakan atau perkara ini akan dibawa ke Parlimen. Sehingga hari ini tiada, dan masing masing elak diri dari perkara itu.


"Malahan mantan PM Mahiaddin Yassin pun kata beliau tiada kaitan dengan pelantikan Azam. Adakah beliau tidak maklum kuasa PM menentukan segala galanya? Walau nama Azam datang dari Ketua Setiausaha (KSU), boleh sahaja beliau minta KSU cari nama lain," ujarnya.


Dalam pada itu, beberapa pimpinan AMK telah menemui polis untuk diambil keterangan mengenai konvoi AMK Isnin lalu seperti Thiban, Ketua AMK Wilayah P Prabakaran dan Setiausaha AMK, Syukri Razab. Mereka disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page