top of page

Azalina gesa Parlimen bersidang mendapat sokongan pembangkang, netizen


Tindakan Timbalan speaker Dewan Rakyat, Datuk Azalina Othman Said menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berhubung sidang Parlimen rata-rata mendapat sokongan netizen.


Dalam surat tersebut, beliau mempersoalkan bagaimana keputusan eksekutif boleh disemak imbang, mengapa Jawatankuasa Pilihan tidak terus bersidang, malah mempersoalkan mengapa Parlimen tidak dibolehkan bersidang seperti negara lain.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyokong persoalan yang dibangkitkan Azalina dan meminta Peguam Negara memberi penjelasan.


"Ia memang aneh apabila kuasa eksekutif dan kehakiman boleh beroperasi sepenuhnya, tetapi kuasa legislatif tidak dibenarkan. Media pun boleh menjalankan tugas seperti biasa. Ini adalah sangat tidak demokratik," katanya.


Senator Dewan Negara, Liew Chin Tong turut tampil memberikan sokongan kepada Azalina.


"Pandangan Azalina wajar mendapat sokongan bipartisan. Ia cukup teruk apabila sidang Parlimen digantung, tetapi tidak ada sebab untuk menggantung tugas jawatankuasa Parlimen," katanya.


Seorang netizen di Twitter, Yi Leong sempat mempersoalkan apakah pendirian Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Speaker, Rashid Hasnon berhubung sidang Parlimen.


"Mengapakah kenyataan ini tidak dikeluarkan bersama-sama dengan Azhar Harun dan Rashid Hasnon? Mereka mahu prosiding Parlimen dihenti selama-lamanya kah?" soalnya.


Seorang lagi netizen bernama Anbalagan Ramasamy memuji tindakan Azalina tetapi menganggap kerajaan akan tetap mencari alasan.


"Surat yang hebat, tapi di Malaysia semuanya double standard, macam biasa rakyat diperbodohkan," katanya.


Emer Hafiz pula meminta Azalina supaya turut menghantar surat kepada Majlis Raja-Raja Melayu.


"Dalam kapasiti sebagai Timbalan Speaker mewakili bahagian legislatif, harap Datuk merayu juga kepada Majlis Raja-Raja," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page