top of page

'Ayuh bersama kibarkan Jalur Gemilang' - Johari Abdul

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 26, 2022
  • 1 min read

ree

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul bersama pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani mengadakan pengedaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan kali ke 65 bersama penduduk tempatan.


Kelmarin, Johari bertemu rakyat di bandar Sungai Petani mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengunjung medan selera dan kedai kedai di bandar itu.


"Saya bersama dengan pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani mengedarkan Jalur Gemilang di beberapa kawasan sekitar bandar Sungai Petani yang melibatkan premis-premis perniagaan, gerai-gerai, para penjaja kecil termasuklah orang ramai yang sempat saya temui.


"Program edaran Jalur Gemilang ini bertujuan menyemarakkan perasaan cintakan negara, menaikkan semangat patriotik dan mengajak masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan kali yang ke 65," katanya yang juga ADUN Gurun.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page