top of page

Ayim Razak bantu gamatkan Pentas Geng Perpaduan

Updated: Aug 5, 2023


Gambar ihsan: Timbalan Menteri KBS & Ketua AMK Malaysia, Adam Adli


Pentas Geng Perpaduan menjadi platform baharu buat pergerakan pemuda parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan dalam usaha meyakinkan para pengundi terutama kelompok pengundi automatik 18 tahun (Undi18) bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.


Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sasaran utama Geng Perpaduan ialah media sosial dan netizen, khususnya TikTok bagi menawan hati semua anak muda di enam negeri terlibat.


"Tugas kita berat, perjalanan masih jauh. Ada 12 hari lagi, kita tahu fungsi dan tugas kita. Manfaatkan media sosial kita, Tik Tok kita.


"Kita perlu masuk ke gelanggang TikTok, lawan semua fitnah yang mereka lontarkan. Masuk, tawan, dan tewaskan mereka di Tik Tok," katanya ketika berucap di Majlis Pentas Geng Perpaduan, di sini malam tadi.


Majlis yang berlangsung di Kota Damansara itu turut menghimpunkan barisan kepimpinan sayap pemuda gabungan Kerajaan Perpaduan.


Turut berucap ialah Timbalan Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Young Syefura Othman yang juga menekankan penggunaan media sosial sebagai medium berkempen.

"Kita semua ada handphone masing-masing, gunakan handphone kita untuk jadi ejen penyebar.


"Gunakan handphone kita untuk sebarkan maklumat. Kalau mereka di TikTok, kita serang TikTok. Kalau mereka di Twitter kita pergi Twitter, kalau mereka di Facebook kita pergi Facebook. Kita kena bantah dan lawan segala fitnah yang dilemparkan," tegasnya.


Sesuai dengan selera anak muda, acara berkenaan walau berorientasikan politik, tetap menampilkan persembahan hiburan seperti kumpulan Floor 88 & Pelawak Komediri, Ayim Razak


Kehadiran Ayim Razak bantu menggamatkan lagi Pentas Geng Perpaduan dengan jenaka komedirinya, dalam jenaka beliau juga mengkritik kenapa politik di Malaysia tidak sebegitu matang menurutnya.


Beliau juga mengulas PN mencalonkan bekas pemain bola sebagai calon PRN sebagai satu 'bahan' yang kelakar.


Turut dilihat hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh, Ketua Pemuda GRS, Jonnybone Kurum dan beberapa lain.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan, bilangan pengundi muda berusia 18 hingga 39 tahun yang layak mengundi pada PRN kali ini menceah lima juta.


Selangor mencatatkan bilangan keseluruhan pengundi tertinggi iaitu 3.7 juta diikuti Kedah (1.6 juta), Kelantan (1.4 juta), Pulau Pinang (1.2 juta), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page