top of page

Awesome TV perlu selesai semua isu - Fahmi



Awesome TV diminta menyelesaikan semua itu yang berbangkit berhubung stesen televisyen swasta itu.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata syarikat pengendali Awesome TV perlu menyelesaikan isu hutang tertunggak sekiranya ada dan kes saman membabitkan beberapa penerbit ke atas stesen penyiar berkenaan.


Menurut Fahmi, beliau sudah bertemu pengurusan tertinggi stesen penyiaran terbabit pada 15 Mei lalu bagi memastikan kontroversi tidak berlanjutan.


"Pada pertemuan itu, saya sudah meminta pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) segera jelaskan isu membabitkan tunggakan sekiranya ada... Perkara ini saya lihat agak penting.


"Saya menggesa Awesome TV segera menyelesaikan isu ini walaupun saya difahamkan, ada sesetengah pihak yang mempunyai saman sivil dan sebagainya (terhadap stesen televisyen terbabit).


"Saya minta kalau boleh, semua pihak duduk di meja rundingan dan selesaikan dengan cara baik. Kalau boleh diselesaikan dengan baik, semua pihak boleh mendapat manfaat," katanya dipetik BH.


Fahmi ditemui ketika menghadiri sesi Town Hall Industri Kreatif Siri 3: Industri Filem di RexKL, malam tadi.


Tambah Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, isu hutang tertunggak turut memberi kesan kepada penerbit drama atau program dibiayai MyCreative Ventures Sdn Bhd, agensi di bawah kementerian.


Mengenai dakwaan Awesome TV beroperasi tanpa lesen pula, beliau berkata perkara itu di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


"Saya difahamkan SKMM sudah mengenakan kompaun terhadap Awesome TV kerana mereka beroperasi dengan ada pelanggaran syarat pelesenan.


"Bagaimanapun, saya sudah meminta SKMM selaku badan selia yang mengawal lesen untuk terus memantau beberapa perkara lain," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page