top of page

Awesome TV didenda RM250,000 kata laporan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 25, 2023
  • 1 min read


Awesome TV dilapor didenda sebanyak RM250,000 atas pelbagai kesalahan termasuk beroperasi tanpa lesen yang sah.


Dipetik laporan The Vibes, lesen dikeluarkan kepada Awesome Broadcasting Sdn Bhd tetapi ia digunakan oleh Awesome Media Network Sdn Bhd.


Pegawai kawal selia SKMM pada 8 Mac lalu melawat Awesome TV dan bertemu dengan pengurusan kanannya serta mendapatkan dokumen sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.


"Pelanggaran itu sudah memadai untuk SKMM menutup stesen itu tetapi ia meneruskan kompaun terhadap stesen berkenaan," kata sumber.


Stesen itu juga dikaitkan dengan pelbagai kontroversi antaranya penerbitan liputan berita tidak tepat termasuk dakwaan Putrajaya merancang untuk mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan.


Stesen penyiaran itu sebelum ini pernah dikritik selepas portal dalam talian melaporkan program Berita 7:57 Awesome TV, menyeru orang Melayu mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi menghalang kaum lain daripada berkuasa.


Portal The Vibes dalam laporannya juga mendakwa pada Mei tahun lalu, Awesome TV dikritik berhubung laporan berbaur perkauman mengenai Serba Dinamik Holdings Bhd dan Sapura Energy Bhd.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page