Awasi tubuh badan wanita bukan tadbir urus yang baik - Wanita Keadilan
- Suara Keadilan

- Jun 28, 2023
- 1 min read

Tindak tanduk ahli politik dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak kebelakangan ini yang sibuk mengawasi kod pemakaian bagi kaum wanita agak membimbangkang.
Menurut Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Loh Ker Chean, tidak cukup Ahli Parlimen Kuantan dari PN mengulas pemakaian uniform jururawat wanita di Dewan Rakyat yang memberi tumpuan kepada tubuh badan wanita, pada 25 Jun lalu pula seorang peniaga kedai pakaian wanita di Kota Bharu, Kelantan dikompaun atas alasan tidak mematuhi garis panduan pakaian wanita yang ditetapkan majlis perbandaran.

"Saya berasa amat kesal kerana kedua-dua insiden ini melibatkan Perikatan Nasional, secara khususnya Parti Islam Se-Malaysia (Pas) yang nampaknya galak mengangkat isu melibatkan tubuh badan wanita, dan lupa tanggungjawab utama mereka untuk mengangkat isu rakyat serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
"Selepas mendendangkan retorik perkauman dan keagamaan, PN kini ghairah menyemai bibit-bibit kebencian dan diskriminasi terhadap golongan wanita.
"Agenda ini cuba diangkat PN sewaktu kerajaan Malaysia Madani menekankan penghormatan antara satu sama lain termasuklah antara gender," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Ker Chean menyeru pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang untuk tidak cuba cuba memilih PN sebagai Kerajaan Negeri terutama di negeri yang telah pun sedia di perintah oleh PH sejak sekian lama.
"Justeru, saya terpanggil menyeru pengundi di enam buah negeri yang bakal menghadapi PRN tidak lama lagi agar menolak parti politik yang melaungkan retorik keagamaan, perkauman dan diskriminasi gender seperti PN.
"Jangan rencatkan usaha yang telah kita lakukan selama ini untuk mengarusperdanakan gender dalam proses membina negara," katanya lagi.




Comments