top of page

Aura Anwar berhasil tarik pelabur asing, tingkatkan ekonomi



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Hakikat bahawa Malaysia menjadi tapak yang lebih menarik untuk pelabur asing mengembangkan perniagaan mereka sejak Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Madani bukanlah suatu cerita dongeng atau rekaan.

Sudah banyak bukti dalam bentuk kenyataan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dikeluarkan untuk pengetahuan umum.


Bahkan setiap kali Anwar melakukan lawatan ke luar negara - China, Amerika Syarikat, Jerman misalnya - 'jajan' yang tidak lupa diumumkan adalah berita baik berkenaan syarikat daripada negara yang dilawatinya itu mahu melabur di Malaysia.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang kerap menemani Anwar dalam lawatan ke luar negara merupakan 'saksi hidup' yang boleh mengesahkan perkara tersebut.


Aura Anwar


Bahkan Tengku Zafrul menyifatkan Anwar sebagai “salesman” terbaik dalam konteks menjual peluang-peluang pelaburan ketika berkomunikasi dengan syarikat-syarikat antarabangsa di luar negara.


Kelebihan Anwar dan aura komunikasinya memang tidak boleh disangkal lagi.

Begitu pun, Anwar tetap merendah diri dengan menyifatkan perhatian dunia kepada Malaysia sebagai destinasi pelaburan unggul adalah berikutan kestabilan politik dan dasar ekonominya yang jelas.


Beliau berkata, dasar-dasar seperti Transformasi Digital, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 adalah antara dasar yang membantu membantu pelabur asing untuk melihat kekuatan yang ada pada Malaysia.


Rakyat wajar ambil peluang


Justeru, jelas Anwar, rakyat seharusnya merebut peluang peluang pekerjaan bagi menjamin kehidupan hasil daripada pelaburan asing itu.


Sebagai contoh, kata Anwar, dengan pelaburan (seperti) Infineon, Nvidia dan puluhan lagi syarikat, ia memerlukan kira-kira 30,000 jurutera yang tidak dapat tenaga kerja kita isi sepenuhnya.


"Maka, mulai sekarang, tumpuan ibu bapa dan anak-anak Melayu mestilah di lapangan sains dan matematik dan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang diusahakan secara gigih oleh (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid (Hamidi) untuk meningkatkan keupayaan mereka," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidil Fitri Madani di Melaka.


Terbaru, dengan pengumuman Anwar bahawa Khazanah Nasional akan melancarkan ‘National Fund-of Funds’ melalui peruntukan awal RM1 bilion bagi merancakkan ekosistem syarikat berinovatif dan berpertumbuhan tinggi, ia bermakna satu lagi inisiatif untuk pertumbukan ekonomi yang lebih baik.


Syarikat pemula


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sentiasa komited dalam membentuk ekosistem pemula (start up) yang dinamik agar dapat memposisikan Malaysia sebagai hab utama untuk keusahawanan dan inovasi.


"Dalam hal ini, saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa Khazanah Nasional akan melancarkan ‘National Fund-of Funds’ dengan peruntukan awal RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat Malaysia berpertumbuhan tinggi yang inovatif," katanya ketika menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak KL20 2024.


Beliau berharap, sidang kemuncak itu menjadi forum untuk memudah cara syarikat-syarikat permula dalam pelaburan bernilai tinggi dan mengalakkan syarikat berkenaan berkembang dengan memanfaatkan rantaian ekosistem global yang lengkap.


"Saya menghargai perkongsian daripada wakil-wakil syarikat modal teroka dan pelabur yang hadir. Adalah penting supaya dasar-dasar kerajaan mengambil kira perspektif dan strategi jangka panjang mereka," tambah beliau.


Ternyata, Anwar yang menerajui kerajaan tidak pernah berhenti daripada terus berusaha merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.


Semuanya tidak lain untuk faedah kita sebagai rakyat menikmatinya.

________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page