Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA: Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB2024) akan berlangsung esok, 2 Februari hingga 2 Mac.
Kongres kali ketujuh ini diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau PICC di Putrajaya.
Berdasarkan aturcara yang dikeluarkan, jadual KEB2024 ini amat padat sekali.
Jadual hari pertama dimulakan dengan ucaptama oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 9.15 pagi.
Ia seterusnya diikuti dengan pembentangan kedudukan semasa sosio ekonomi Bumiputera oleh Kementerian Ekonomi.
Reformasi pendidikan dan modal insan
Kemudian disusuli dengan pembentangan tentang reformasi pendidikan dan modal insan, daya saing perusahaan Bumiputera, Felda dan tanah wilayah, TVET pilihan kerjaya utama, pembangunan desa dan sosioekonomi Bumiputera Sabah.
Aturcara pada sebelah petang dimulakan dengan Diskusi Madani 1 yang bertajuk aspirasi perpaduan mengukuhkan agenda Bumiputera, diikuti sesi pembentangan berkaitan mengukuhkan industri halal dan penguasaan teknologi baharu.
Aturcara hari kedua dimulakan dengan pembentangan berkaitan sosioekonomi Bumiputera Sarawak, pemerkasaan masyarakat orang asli dan penguasaan korporat serta penciptaan kekayaan.
Seterusnya berlangsung pula Diskusi Madani 2 dengan tajuk mendepani cabaran untuk menoktahkan kemiskinan tegar.
Pada sebelah petang hari kedua dipenuhi dengam Diskusi Madani 3 dan Diskusi Madani 4.
Diskusi Madani 3 bertajuk mencipta peluang Bumiputera dalam peralihan tenaga, manakala Diskusi Madani 4 membawa tajuk peluang meningkatkan skala usahawan mikro dan kecil.
Aspirasi mada hadapan Bumiputera
Jadual hari ketiga dimulakan dengan pembentangan rumusan oleh pengerusi-pengerusi sesi libat urus dan diikuti dengan forum bertajuk aspirasi masa depan Bumiputera dengan penyampai jemputan ialah Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.
Majlis penutup KEB2024 pada sebelah petang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ucapan penutup yang pasti ditunggu-tunggu semua yang dijangka akan ada pengumuman penting dilakukan dalam konfeks meningkatkan lagi kedudukan ekonomi kaum Bumiputera di negara ini
.
Seterusnya akan diadakan majlis penyerahan sesi libat urus KEB2024 kepada Perdana Menteri.
_________________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat
Comments