top of page

ATM bakal tumpu ancaman bukan tradisional di masa hadapan



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi tumpuan kepada ancaman bukan tradisional seperti serangan siber, ancaman digital serta elektromagnetik pertahanan.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, persediaan ke arah itu penting selepas mengambil iktibar terhadap satu kejadian penggodaman dan kecurian fail dari Pentagon, Amerika Syarikat (AS) yang digelar sebagai 'insiden besar' pada suku akhir tahun lalu, yang mengakibatkan sehingga lebih 600,000 emel terjejas serta memberi kesan kepada lebih 2,500 organisasi kerajaan.


"Ramai penganalisis meramalkan yang pertempuran atau pertembungan kuasa akan lebih membabitkan kecanggihan teknologi seperti 'unmanned drones' dan aset yang dikawal secara digital.


"Pada bulan lalu saja, satu lagi insiden yang hampir sama turut dilaporkan membabitkan data berkaitan dengan ketenteraan AS. Insiden sebegini bukan perkara baharu. Malah, akan terus berlaku," katanya.


Justeru tegas beliau, ATM melihat keperluan untuk merekrut penggodam komputer atau 'hackers' sebagai aset baharu ketenteraan yang dibentuk bagi memperkukuh sistem pertahanan negara seiring usaha membangunkan angkatan masa hadapannya.


"Satu hari nanti kita akan ambil anggota tentera yang pandai dan hebat, yang boleh menjadi 'hackers' (penggodam) dan sebagainya. Dia ada uniform sendiri, pasukan dan sebagainya.


"Perang masa depan akan lihat dari sistem saja. Itu sebab, kita kena kaji supaya kita tak ketinggalan kerana negara lain terutama Singapura sudah jadikan ini sebagai ketumbukan keempat dalam sistem perkhidmatan tenteranya," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Kick-Off Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di Kuala Lumpur pada Selasa.


Sidang media itu turut di hadiri Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman serta Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.


Mengulas lanjut, beliau berkata, matlamat penubuhan pasukan sedemikian juga dapat memperkukuh sistem kawalan dan pemantauan di perairan dan sempadan negara dari sebarang ancaman penyeludupan.


"Kita berjiran dengan banyak negara dan kita kena lihat dron yang masuk. Kita difahamkan sekarang penyeludup mereka memang pakai dron, dia mahu tahu di mana (pasukan keselamatan), di mana operasi kita, anggota kita, jadi dia tak akan mendarat di kawasan itu.


"Sebab itu mereka masih boleh mendarat (menyeludup) sebab dia (pantau) pakai dron. Jadi bagaimana kita boleh lumpuhkan dron mereka supaya tindakan kita lebih berkesan," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page