top of page

Atasi kesesakan jalan: Integrasikan e-skuter dalam sistem pengangkutan bandar



Kerajaan dicadang untuk mengintegrasikan kaedah mobiliti mikro seperti e-skuter ke dalam sistem pengangkutan bandar di Malaysia agar dapat memperkukuhkan kesalinghubungan perjalanan awal dan terakhir pengguna.


Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata mobiliti mikro merupakan satu kaedah terkehadapan untuk mengatasi masalah kesesakan bandar, mengurangkan pelepasan karbon dan menjadikan masyarakat lebih berhubung.


"Kawasan bandar di Malaysia menghadapi cabaran besar berikutan kesesakan lalu lintas yang tinggi, kualiti udara dan isu mobiliti.


"Dengan populasi bandar dijangka meningkat dengan ketara dalam dekad yang akan datang, mobiliti mikro adalah cara terkehadapan untuk mengatasi masalah kesesakan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN berkata, pihaknya mengesyorkan enam langkah bagi kerajaan untuk melabur dalam pembangunan infrastruktur yang menyokong mobiliti mikro selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk meningkatkan mod pengangkutan awam kepada 40% menjelang 2030.


Jelas beliau, bidang kuasa tugas yang jelas dalam mengawal selia penyelesaian mobiliti mikro antara Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) perlu diteliti dan diperhalusi.


Katanya, kerajaan perlu menyediakan rangka kerja undang-undang untuk menyeragamkan bidang kuasa e-skuter merentasi semua agensi kerajaan yang sering menjadi penghalang untuk ia diterima pakai oleh majlis perbandaran.


"Pembinaan lorong khusus untuk e-skuter (dan bentuk mobiliti mikro lain seperti basikal) di jalan raya yang mempunyai had laju melebihi 30 km/j di semua bandar utama, dengan langkah-langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh kereta dan motosikal," ujarnya.


Selain itu, katanya Chean Chung, pihak kerajaan tempatan dicadangkan menukar tempat letak kereta kepada tempat letak kenderaan simpanan bagi e-skuter di lokasi strategik seperti stesen MRT/LRT.


"Insentif kewangan diberikan pengguna (mobiliti mikro) dan pengendalinya seperti subsidi dan rebat cukai selain pemberian geran kepada majlis perbandaran untuk pembangunan infrastruktur mesra e-skuter.


"Ia selaras dengan pelaburan dalam mod pengangkutan yang mampan berdasarkan Garis Panduan Lorong Mobiliti Mikro 2023," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page