top of page

'Atasi kehilangan pendapatan ibu, mampu tingkatkan jumlah kelahiran'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 10, 2024
  • 2 min read


Jumlah kelahiran yang rendah terutama dalam kalangan kaum Cina Malaysia agak membimbangkan dan telah dibincangkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin sepanjang cuti Tahun Baharu Cina, Februari lalu.


Namun, katanya, permasalahan itu belum menemui titik penyelesaian. Berdasarkan tinjauan terbaharu badan pengkaji dalam dan luar negara, kata beliau, keengganan wanita yang berkerjaya untuk berkahwin dan memiliki anak adalah kerana kesukaran mereka hadapi untuk meneruskan pekerjaan atau mengekalkan pendapatan yang sesuai selepas memperolehi anak.


Hal itu, kata Tze Tzin, diistilahkan sebagai 'penalti keibuan', yang perlu difikirkan oleh kerajaan bagi mengelakkan tenaga kerja dalam kalangan wanita menutup pintu kepada pekerjaan dan menjadi suri rumah sepenuh masa apabila mereka telah bergelar sebagai ibu


"Malaysia seperti kebanyakan negara dunia, menghadapi cabaran yang sama

"Hanya 55.59% wanita usia prima dengan kanak-kanak di bawah umur enam tahun di negara ini bekerja. Ramai yang tinggal di rumah untuk menjaga anak mereka.


"Ibu yang bekerja, biasanya terperangkap pada kedudukan yang sama, yang tidak membebaskan mereka.

Kajian antarabangsa mengenai impak penalti keibuan dan kerjaya di 134 negara

"Baru-baru ini ramai wanita bercakap dengan saya tentang alasan mereka kekal bujang atau tidak mempunyai anak. Penalti keibuan adalah salah satu sebab yang sering dikatakan. Wanita mahukan kerjaya yang baik dan kebebasan kewangan


"Jadi, jika kita ingin meningkatkan kadar perkahwinan atau kadar kelahiran, kita sebagai masyarakat harus memahami penalti keibuan ini dan mengambil langkah untuk mengurangkannya," kata Tze Tzin dalam satu kenyataan.


Bagi Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia itu, beberapa langkah boleh dicadangkan dan diambil oleh kerajaan atau ketua keluarga untuk mengatasi masalah wanita berhenti kerja selepas memperolehi anak.


"Pertama, kita sebagai masyarakat mesti menangani hukuman keibuan dengan memahami isu-isu lelaki dan wanita, dan semua peringkat masyarakat. Pemahaman adalah kunci untuk membuat perubahan pada masa hadapan.


"Kedua, sektor awam dan swasta mesti membuat perubahan untuk menjadikan tempat kerja lebih mesra ibu. Ibu harus diberi kelonggaran tertentu dalam pekerjaan mereka bergantung pada jenis pekerjaan.


"Ketiga, kita sebagai suami mesti berkongsi kerja rumah bersama-sama. Lelaki adalah pasangan dalam keluarga. Dengan berkongsi kerja rumah, kita akan membantu isteri kita untuk terus bekerja," katanya.


Oleh itu, kata Tze Tzin lagi, golongan wanita perlulah dianggap sebagai masih tidak setaraf sepenuhnya dengan lelaki pada zaman moden ini dalam struktur pekerjaan.


Katanya, beberapa perkara perlu dilakukan agar wanita menikmati kebebasan kewangan dan tidak lagi memikirkan, sama ada perlu atau tidak mereka berumahtangga sehingga mengorbankan kerjaya demi anak anak.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page