top of page

Ashabul Kahfi: Pendakwah jangan ikut sentimen politik, semak fakta



Oleh: Helmi Mohd Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur golongan pendakwah yang terburu-buru membuat kenyataan mengikut sentimen politik dan tidak menyemak fakta serta konteks ucapan beliau mengenai kisah 'Ashabul Kahfi' yang dinyatakan dalam al-Quran.


Perdana Menteri (PM) menjelaskan, beliau sebelum ini menyentuh kisah tersebut dalam ucapan di hadapan penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri mengenai kisah yang berlaku di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad.


"Cerita Al-Kahfi ini sebelum Nabi Muhammad, pada masa itu sistem kerajaan dan raja zalim penyembah berhala ditolak oleh orang beriman termasuk tujuh pemuda yang kemudian berlindung di dalam gua.


"Ada juga cerita yang disampaikan golongan Nasrani, sudah tentunya mereka itu ikut kitab tafsir penganut agama Nasrani atau kita sebut sekarang Kristian yang tauhid...sebab disebut dalam ayat al-Quran mereka itu pemuda yang beriman dan ditambah petunjuk," katanya kepada pemberita selepas menunai solat Jumaat di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.


PM berkata apabila soalan mengenai perkara itu ditanya kepada seorang pendakwah di Terengganu, beliau tanpa mendengar ucapan asal terus memberikan ulasan bahawa ada pemimpin besar jahil, keliru dan menyesatkan.


"Kalau ikut sentimen betul ikut semangat agama, pertama semak dulu kenyataan itu fakta betul atau tidak, kalau tidak boleh tegur saya dan perbetulkan, ini sebagai satu peringatan...kisah itu berlaku sebelum Nabi Muhamad, anak muda yang kuat imannya," katanya.


Bagaimanapun, ucapan PM pada perjumpaan bulanan bersama penjawat awam pada 11 Disember lalu itu telah dimanipulasikan oleh penyokong pembangkang bahawa Anwar menyatakan pemuda dalam gua itu adalah beragama Kristian.


Keretan klip video ucapan Anwar tersebut telah dieksploitasikan dengan menyatakan beliau telah menyamakan Islam dan Kristian selain tuduhan mengamalkan fahaman pluralisme.


Namun penelitian Suara Keadilan kepada rakaman ucapan tersebut mendapati konteks sebenar ucapan Anwar tersebut ialah membawakan prinsip universal yang dinyatakan dalam sumber al-Quran dan ia mempunyai persamaan dengan kisah yang terdapat dalam agama lain.


Anwar sendiri dalam ucapannya menyedari mungkin terdapat pihak yang akan memanipulasi ucapannya itu namun apa yang penting ialah topik yang dibawa tidak bersifat eksklusif seperti akidah dan ibadah.


Sebaliknya beliau menyatakan perkara itu adalah berkisar tentang mesej umum untuk rakyat dan negara.


Antara perkara tersebut ialah soal kemanusiaan dan realiti kehidupan semasa (waqie) selain prinsip kesederhanaan atau wasatiah.


Dalam ucapan tersebut, Anwar didapati tidak menyebut pemuda al-kahfi itu sebagai beragama Kristian tetapi menyatakan kisah itu terjadi pada zaman orang Kristian atau Nasrani dan sebelum kerasulan Nabi Muhammad.


Justeru itu, bagi beliau kisah itu lebih mudah untuk difahami oleh penganut Kristian di negara ini memandangkan cerita yang sama terdapat dalam tradisi mereka.


"Nak faham kisah sejaran di zaman Nasrani, anak muda ada prinsip kental, anak muda dengan keyakinan mereka dan Allah tambah petunjuk... kerana soal prinsip dia tidak terpukau dengan kekuasaan, kezaliman, penipuan dan porak peranda di luar.


"Dia pilih untuk selamatkan diri kerana terpahat dalam sanubari mereka hanya keyakinan kepada Allah, Tuhan Langit dan Bumi," katanya.


Terdahulu Perdana Menteri berkata terdapat pihak menyatakan terdapat kalangan orang bukan Islam merasa tidak mendapat tempat apabila beliau bercakap tentang konsep Madani dengan menyelitkan ayat al-Quran dan hadis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page