Aset negara dirampas Sulu sebab 'dia henti bayar', sekarang nak kembali berkuasa



Masalah kewangan yang melanda Malaysia tidak boleh dibicarakan tanpa menyangkut era pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak yang penuh skandal kewangan


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, baru baru ini Ahli Parlimen pelbagai parti telah diberi taklimat berkenaan kewangan semasa negara oleh Bank Negara Malaysia (BNM).


Dalam taklimat tersebut, katanya, BNM menyenaraikan masalah besar negara adalah membayar hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diwujudkan pada era Najib.


Begitu juga, katanya, ahli politik terbabit telah menyebabkan negara berisiko berhadapan tuntutan RM67 bilion dari waris Kesultanan Sulu kerana menghentikan bayaran tahunan RM5,300 setahun konon membalas pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.


"Kita tengok pada ketika rakyat sensara hutang kita cecah RM1 trilion dan kita tengok tokoh politik parti itu yang tak pernah mengaku 'dia' buat silap. Sedangkan dia telah meninggalkan kita kerosakan besar.


"Tengok sahaja isu Sulu, rampasan khazanah negara. Kita kena ingat masalah itu bermula 2013 bila dihentikan bayaran kepada waris Sultan Sulu. Masalahnya dia yang hentikan, sekarang kita hilang aset Petronas, tetapi dia masih nak salahkan PH, tak pernah menjadi salah dia.


"Inilah masalah kita dengan pimpinan yang nak kembali berkuasa. Oleh itu, jangan sesekali menyerah kalah. Musuh kita nak kita lemah. Mereka mahu lakukan segalanya, jentera, kerajaan, menakut nakutkan kita dan semua itu kita mesti lawan," katanya dalam ceramah siri Jelajah Harapan Selangor di Kota Damansara, malam tadi.


Mengenai Selangor yang akan dipertahankan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, Fahmi memberi pesanan jangan ambil mudah isu rakyat biar pun PH telah bertapak hampir 15 tahun.


Katanya, kerja keras perlu dilakukan untuk menghalang BN atau PN menang kerusi dengan mempolitikan isu Melayu - Islam


Begitu juga isu lebuh raya baharu yang tidak diperlukan penduduk di jajaran Petaling Jaya harus ditolak jika pembinaannya tidak menguntungkan rakyat.


Fahmi juga menyentuh isu Rang Undang undang (RUU) Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan pada minggu ini di Dewan Rakyat.


Katanya, RUU itu akan menjadi kuburan kepada katak katak yang meninggalkan PH kerana mereka tidak lagi boleh meneruskan tabiat mereka.


"Minggu ini kita bakal membentangkan RUU Anti Lompat Parti, apa RUU anti lompat? RUU ini akan menjadi akta menghalang katak politik dari terus hidup seperti di Gombak, Ampang, Tebrau, Batu Pahat, Segamat. Kita baca hari ini hari Ahli Parlimen Segamat dia lompat parti itu, nak sertai parti lain. Tak tahulah nak ke mana


"Sebab minggu depan dah ada akta ini, dia tak boleh lompat. Dia hilang kerusi dan belum tentu dia boleh menang (jika PRK diadakan)


"Minggu ini inshaAllah kalau kita luluskan RUU Anti Lompat Parti, kita ucapkan kepada katak politik ini selamatlah kamu di alam barzakh politik," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER