top of page

ASEAN perlu kukuh kerjasama tangani jenayah siber - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 25
  • 1 min read
ree

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyeru negara-negara ASEAN memperkukuh kerjasama serantau dalam menangani jenayah siber yang semakin kompleks.


Berucap merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) ke-25 di Putrajaya, beliau menegaskan bahawa jenayah siber seperti penipuan kewangan dan serangan ransomware merupakan ancaman nyata yang perlu ditangani secara kolektif dan segera.


"Kita perlu mengguna pakai teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab untuk meningkatkan keupayaan pengesanan dan pencegahan," katanya dipetik.


Bagaimanapun menurut Saifuddin, teknologi sahaja tidak memadai tanpa kepercayaan dan perkongsian maklumat antara negara anggota.


"Kekuatan sebenar ASEAN terletak pada perpaduan. Kita perlu membina keupayaan bersama dan bertindak selari dengan realiti ancaman baharu. Ini bukan sekadar keperluan, tetapi satu kewajipan demi keamanan dan kestabilan rantau ini," tambah beliau.


Menerusi ucapannya, Saifuddin turut menegaskan dalam konteks dunia yang semakin berpecah, penting untuk ASEAN kekal inklusif dan bersatu walaupun berbeza pendekatan, demi menjamin keselamatan digital rantau ini.


Justeru itu Malaysia akan terus komited menjadi rakan strategik yang aktif dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan digital serantau.


SOMTC ke-25 akan berlangsung di Putrajaya pada 23 hingga 27 Jun ini merupakan badan utama ASEAN yang bertanggungjawab menyelaras dasar, strategi dan inisiatif dalam memerangi jenayah rentas sempadan secara kolektif.


Selain isu jenayah siber, isu lain yang bakal dibincangkan antaranya termasuk jenayah pemerdagangan orang, pengedaran dadah, penyeludupan hidupan liar dan balak, penyeludupan senjata api serta beberapa bentuk jenayah rentas sempadan lain yang semakin membimbangkan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page