top of page

ASEAN perlu kekalkan keamanan, kestabilan di Laut China Selatan

Updated: Oct 12



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pendirian ASEAN berhubung kepentingan untuk semua pihak mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa termasuk konvensyen undang-undang laut.


Perdana Menteri ketika membacakan Kenyataan Bersama ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-27 berkata pertubuhan serantau itu menggesa rumusan awal Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan.


"Ini adalah selari dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982," katanya.


Kandungan ucapan Anwar dikongsikan kepada media oleh Pejabat Perdana Menteri.


Malaysia berperanan sebagai penyelaras negara bagi Sidang Kemuncak ASEAN-China, yang diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan bermula 9-11 Oktober di Vientiane, Laos itu.


Negara anggota ASEAN dan China kini dalam rundingan COC di Laut China Selatan dan bacaan kedua teks rundingan itu selesai tahun lepas, lapor Bernama.


Selain itu, Anwar berkata ASEAN dan China merupakan rakan dagang terbesar masing-masing sejak 2020 dengan jumlah dagangan mencecah AS$696.7 bilion pada 2023.


Anwar dalam hantaran di Facebook berkata Sidang Kemuncak ASEAN-China ke-27 di Vientiane menjadi ruang perbincangan dan pertukaran pandangan antara pimpinan tertinggi ASEAN bersama Kerajaan China yang diwakili Premier Li Qiang.


"Ketika menyampaikan Kenyataan Bersama ASEAN, saya zahirkan penghargaan terhadap peranan dan sumbangan China terhadap ekonomi serantau.

"ASEAN dan China masing-masing telah menjadi rakan perdagangan terbesar antara satu sama lain sejak 2020 dengan jumlah dagangan mencecah AS$696.7 bilion tahun lalu," ujarnya.


Anwar berkata ASEAN turut mengalu-alukan komitmen China untuk menyokong dasar peralihan tenaga, selain menggalakkan kerjasama terkait teknologi terkini seperti robotik dan kecerdasan buatan (AI).


"Saya turut menyampaikan pendirian ASEAN berhubung kepentingan untuk semua pihak mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa, termasuk UNCLOS 1982," katanya lagi.


Dalam pada itu, Wisma Putra dalam kenyataan berkata sidang kemuncak tersebut telah membincangkan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan kerjasama melalui pelbagai program dan aktiviti di bawah rangka kerja Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-China, iaitu melalui perdagangan dan pelaburan, transformasi digital dan pertukaran antara rakyat.


"Sidang kemuncak itu juga menerima pakai lima Kenyataan Bersama termasuklah berkenaan pertukaran antara rakyat dan tamatnya rundingan bagi meningkatkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0.


"Sidang Kemuncak tersebut juga telah bertukar-tukar pandangan dalam isu-isu serantau dan antarabangsa. Semasa Sidang Kemuncak tersebut, Malaysia turut menegaskan pendiriannya yang jelas dan konsisten berhubung situasi di Palestin dan Laut China Selatan," ujarnya.


*Kredit foto: Amir Haziq/PMO

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page