top of page

ASEAN: Kuasa besar percaya kepimpinan PMX, Anwar suarakan isu sejagat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 minutes ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Hasbul Ahmad


Pelawaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sama sama menaiki kenderaan rasmi Presiden AS "The Beast", menuju lokasi Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di Kuala Lumpur baru baru ini menunjukkan penghormatan pemimpin negara kuasa besar berkenaan terhadap Pengerusi ASEAN.


Menurut Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran (gambar), meskipun Trump maklum kelantangan PMX mengkritik AS dalam isu Gaza namun jemputan itu menunjukkan Anwar dihormati kerana keberanian dan ketokohan beliau di pentas global.


"Itu (pelawaan) adalah satu gesture (bahasa tubuh) di mana Trump percaya kepimpinan Datuk Seri Anwar dan saya nampak pada masa yang sama, ini adalah permulaan, satu persahabatan.


"Bukan sahaja sebagai seorang ketua negara tapi dia melihat sebagai seorang sahabat. Kalau nak duduk dalam The Beast ini, kena orang yang rapat, orang yang boleh dipercayai, orang yang tidak mengancam," kata Yuneswaran kepada Suara Keadilan.


Tambahnya, tidak banyak pemimpin dunia yang pernah dipelawa menaiki The Beast dan Anwar merupakan pemimpin Asia Tenggara yang pertama diberi penghormatan.


"Presiden Trump bukan pemimpin yang mudah menjemput orang masuk ke dalam kenderaan rasminya.


"Sebelum ini, hanya beberapa pemimpin dunia seperti Presiden Rusia, Vladimir Putin, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, bekas Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull dan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang pernah menerima penghormatan itu," katanya.


Selain itu, kata beliau, momen bersejarah tersebut telah membuka ruang komunikasi peribadi kepada Anwar untuk menyurakan pelbagai isu semasa sama ada di Asia, mahupun dunia untuk dibincangkan dengan Trump, sesuatu yang jarang berlaku antara dua pemimpin berpengaruh tersebut.


"Dalam kereta itu, tiada penasihat kanan atau pegawai protokol. Ia memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin berbincang secara terus mengenai isu politik, geopolitik dan ekonomi," katanya.


Selaman, dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar mengesahkan beliau telah mengutarakan kepada Presiden Trump mengenai situasi di Gaza yang menuntut kuasa besar seperti AS untuk bersungguh sungguh memastikan kedamaian dicapai di sana sewaktu bersama presiden itu dalam The Beast.


Selain itu, Anwar juga berbincang mengenai isu hubungan ASEAN China, juga jemputan kepada Afrika Selatan dan Brazil yang tidak sebulu dengan AS di Sidang Kemuncak ASEAN.


Oleh yang demikian, Anwar tidak mensia siakan waktu 40 minit menaiki The Beast dari KLIA ke KLCC bersama Presiden Trump untuk mengenengahkan isu isu dunia yang perlu ditangani bersama.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page