top of page

ASEAN-GCC-China formula kesejahteraan ekonomi, politik masa depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 1
  • 2 min read

ree

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 diikuti sidang bersama Majlis Kerjasama Negara-negara Arab Teluk (GCC) dan China menjadikan Malaysia dan Kuala Lumpur semakin penting di rantau Asia.


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan, sidang yang berlangsung minggu lalu itu menepati ungkapan dalam buku "ASEAN Miracle", karya Kishore Mahbubani yang merumuskan kejayaan ASEAN mewujudkan rantau yang aman sebagai ‘Keajaiban Geopolitik’.


Katanya, Malaysia pada minggu lalu berjaya mencipta keajaiban politik itu dengan watak utama yang menggerakkannya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Bagi Dr Zulkifli, beliau yang turut menulis mengenai Sidang Kemuncak ASEAN berpendapat, dengan populasi lebih dari 650 juta orang, ASEAN mencakupi hampir seluruh populasi Asia Tenggara, dan dengan penyertaan China serta GCC maka blok tersebut amat penting dalam geopolitik dunia.

Mewakili Malaysia di Amerika Syarikat
Mewakili Malaysia di Amerika Syarikat

"Penyertaan GCC dan China menambahkan lagi strategiknya Sidang Kemuncak ASEAN kali ini. Dengan bilangan penduduk China seramai 1.411 bilion dan 57.6 juta di rantau GCC menjadikan pertemuan pimpinan utama negara-negara dalam Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China amat signifikan dan penting.


"Kelebihan sumber tenaga dan kewangan oleh negara GCC serta kekuatan kuasa beli, teknologi dan saiz pasaran negara China, membuat sidang kemuncak ASEAN kali ini menawarkan sesuatu yang signifikan dan membuka peluang yang besar kepada Malaysia dan negara-negara lain.


"Tatkala kita sering bernostalgia dengan kehebatan tamadun Islam lampau di Andalusia yang menghasilkan La Convivencia, mengapa tidak ASEAN di bawah teraju Malaysia, berusaha mengecap kemakmuran bersama dengan menghasilkan model kesepakatan serantau menerusi kerangka Al-Taayush atau kewujudan bersama dalam budaya damai," kata Dr Zulkifli dalam kenyataan.


Beliau juga membangkitkan pengalaman peribadi berkenaan ASEAN, bila mana pada 2014-2015 beliau terpilih sebagai penerima biasiswa Fulbright US-ASEAN. Seramai 10 orang intelektual muda dari setiap negara ASEAN terpilih untuk melakukan kajian dan berkhidmat di Amerika Syarikat.

Buku travelog pengalaman di negara Barat
Buku travelog pengalaman di negara Barat

"Saya terpilih sebagai salah seorang daripadanya dan berkhidmat di New York antara 2014-2015. Saya juga kemudiannya, pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) yang berperanan merancang dan menguruskan program Fulbright bagi Malaysia.


"Saya turut merakam pengalaman sewaktu di bumi Uncle Sam dalam buku travelog saya, “Islam Di Barat, Muslim Di Timur”.


"Travelog ini adalah hasil daripada refleksi peribadi saya terhadap persekitaran, keadaan, suasana termasuk emosi dan perasaan semasa kembara ilmu, dakwah dan spiritual," katanya.


Secara khusus, menurut beliau, travelog itu melibatkan destinasi Makkah – Madinah – Gaza – Kaherah – Rafah – Alexandria – Zagazig – Tokyo – Kyoto – Sendai – New York – Chicago – Dallas – Boston – Indianapolis – Washington DC.


Buat sidang kemuncak ASEAN yang baru sahaja berlalu, ujarnya, sidang itu menyaksikan sejarah baharu telah tercipta dengan pelancaran Deklarasi Kuala Lumpur, ASEAN 2045 iaitu tekad membina masa depan bersama yang lebih gemilang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page