top of page

ASEAN: Enam lebuh raya, 25 jalan utama ditutup berperingkat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 19
  • 2 min read


Bagi melancarkan perjalanan trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menutup laluan di enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini.


Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan memberitahu jalan yang ditutup termasuk laluan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara serta laluan ke hotel penginapan.


Beliau berkata setiap penutupan dilakukan secara berkala dalam tempoh 30 minit bagi membolehkan konvoi atau motoked peserta dan tetamu persidangan dari setiap negara tiba ke destinasi.


Untuk itu beliau mengingatkan orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di sepanjang jalan yang akan terlibat dalam penutupan bagi memastikan kelancaran trafik.


“Tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan yang ditutup akan dilakukan, termasuk menundanya ke tempat selamat,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata kenderaan perdagangan dan kenderaan berat juga dilarang memasuki pusat bandar dari pukul 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 4.30 petang bermula hari ini hingga 28 Mei.


Berikut senarai laluan yang dijadual terlibat dengan penutupan:


Jumaat hingga 26 Mei (7 pagi hingga selesai ketibaan delegasi secara berperingkat)

- Lebuh KLIA

- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) (KLIA-Putrajaya)

- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) (Subang-Jalan Duta)

- Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)

- Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) (Sg Buloh-Jalan Duta)

- Lebuhraya Maju (MEX)

- Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (Sungai Besi-Pusat Bandar)

- Lingkaran Putrajaya

- Jalan Istana

- Jalan Damansara

- Jalan Tun Razak

- Jalan Ampang

- Jalan Sultan Ismail

- Jalan Bukit Bintang

- Jalan Imbi

- Jalan Parlimen

- Jalan Kuching.



Pada 26 Mei (8 pagi hingga selesai ketibaan, 5.30 petang hingga selesai ketibaan dan 7 malam hingga ketibaan)

- Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.



Pada 27 Mei (8 pagi hingga 10.30 pagi)

- Persimpangan Jalan Ampang-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.



Pada 27 Mei (11.45 pagi hingga 1 petang)



- Sepanjang Jalan Tun Razak

- Sepanjang Jalan Mahameru

- Sepanjang Jalan Sultan Abdul Halim


Pada 27 Mei (1.45 petang hingga 3 petang)

- Sepanjang Jalan Parlimen-Jalan Kuching

- Sepanjang Jalan Sultan Ismail

- Persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan P. Ramlee

- Persimpangan Jalan Perak-Jalan Pinang

- Persimpangan Jalan Stonor-Jalan Kia Peng

- Persimpangan Jalan Stonor-Persiaran KLCC.

]

Pada 28 Mei (8 pagi)

- Lebuh KLIA

- Lebuhraya ELITE (KLIA -Putrajaya)

- Lebuhraya NKVE (Subang–Jalan Duta)

- Lebuhraya GUTHRIE

- Lebuhraya PLUS (Sg Buloh-Jalan Duta)

- Lebuhraya MEX

- Lebuhraya KL-Seremban (Sg Besi- Pusat Bandar)

- Lingkaran Putrajaya

- Jalan Istana

- Jalan Damansara

- Jalan Tun Razak

- Jalan Ampang

- Jalan Sultan Ismail

- Jalan Bukit Bintang

- Jalan Imbi

- Jalan Parlimen

- Jalan Kuching

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page