top of page

ASEAN - China digesa kukuh strategi perdagangan



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya negara-negara ASEAN dan China mempelbagaikan strategi dalam perdagangan dan pelaburan di rantau ini pada masa akan datang.


Dalam ucapannya sempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) di Nanning, China pada Ahad, perdana menteri berkata, China telah menjadi rakan dagangan utama ASEAN selama 14 tahun berturut-turut .


"Oleh itu, adalah penting bagi ASEAN dan China untuk mempelbagaikan strategi perdagangan dan pelaburan kita.


"Walaupun wujudnya ketegangan geopolitik dan pelbagai faktor ketidakstabilan lain, kita perlu menumpukan kepada usaha kolektif terhadap soal keamanan, kestabilan, kemakmuran serantau, dan memupuk hubungan perdagangan dua hala dan pelbagai hala," katanya.


Pada masa sama, Anwar turut memberi penekanan berhubung Rangka Kerja Pemulihan Ekonomi ASEAN kerana ia melibatkan isu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang penting buat negara-negara ASEAN.


"PMKS menyumbang 85% kepada peluang pekerjaan, 44.8% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 18% kepada eksport negara di ASEAN," katanya.


Justeru, beliau optimis CAEXPO akan terus menjadi pemangkin kepada ahli perniagaan di negara ini, selain memupuk kerjasama perdagangan, dan merangsang pemulihan ekonomi sebagai simbol kerjasama di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA).


"Sejak sedekad lalu Inisiatif Belt and Road memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan antara rantau ini, malah Malaysia memulakan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia, yang dibangunkan di bawah konsep “Dua Negara, Taman Berkembar” , ia adalah projek BRI yang wajar dicontohi.


"Kita percaya di Asia, dengan pelaburan dan perdagangan terus menjadi asas hubungan ini, kita berkongsi masa depan dan visi, hubungan kita melangkaui hubungan dan pemahaman antara tamadun yang merupakan konsep Madani. Saya berharap dapat memupuk hubungan ini dengan lebih baik pada masa hadapan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page