top of page

ASEAN-AS perluas perkongsian strategik komprehensif

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 11, 2024
  • 1 min read

Updated: Oct 12, 2024


ree

Malaysia mahu ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) memperluaskan kerjasama ekonomi dan teknologi dalam perkongsian strategik.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) ke-12 hari ini berkata, perkongsian dalam bentuk teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui amat bermakna kerana AS mempunyai kepakaran dalam perkara berkenaan.


"Mesyuarat ini membincangkan usaha memperluas kerjasama ASEAN-AS serta mengukuhkan lagi Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-AS.


"Saya turut nyatakan komitmen Malaysia untuk bekerjasama dengan ASEAN dan AS dalam menangani isu-isu tertunggak yang dapat memudahkan proses ratifikasi Protokol SEANWFZ oleh AS.


"Malaysia juga menggesa ASEAN dan AS bersama-sama dalam inisiatif pembangunan kapasiti bagi memperkukuh modal insan, memajukan teknologi hijau, mempromosi tenaga boleh diperbaharui dan memacu pembangunan mampan di seluruh rantau ini," katanya dalam sidang yang dihadiri Setiausaha Negara Anthony Blinken sebagai ketua delegasi AS.


Selain itu, Anwar turut mengulangi pendirian Malaysia agar AS mengenakan pengaruhnya untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza dan Lubnan.


"Menyentuh isu geopolitik, saya mengulangi desakan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza dan Lubnan sesegera mungkin bagi mengelakkan krisis kemanusiaan menjadi lebih buruk.


"Saya tegaskan semua pihak perlu bertindak secara bertanggungjawab untuk tidak memburukkan keadaan. Malaysia tetap teguh menyokong pelan tiga fasa untuk keamanan di Gaza, dan mendesak pelaksanaannya dengan segera tanpa syarat tambahan," katanya lagi.


*Kredit foto: Amir Haziq/PMO

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page