top of page

AS polis dunia tetapi sokong keganasan Israel



Amerika Syarikat (AS) perlu dikecam oleh rakyat Malaysia kerana terus menyokong keganasan Israel ke atas rakyat Palestin.


Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum perlu menyokong perjuangan rakyat Palestin kerana di sana bukan sahaja terdapat orang Islam tetapi juga Kristian yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.


"Sesuatu yang amat memalukan. Kata mereka (AS) ini 'polis dunia' tetapi mereka inilah penyokong Israel menindas rakyat Palestin


"Hari ini kita konsisten tanpa mengira kaum dan agama atas dasar kemanusiaan membantu membela rakyat Palestin.


"Bila kata rakyat, Palestin bukan hanya orang Islam, ada juga orang Kristian yang mati. Ia adalah isu kemanusiaan. Hari ini kita menunjukkan solidariti dengan suara di media sosial untuk memastikan AS terus rasa bersalah dari segi moral untuk membicarakan hak asasi manusia," katanya dalam perhimpunan 'Kepung Demi Palestin’ di Kedutaan AS di Kuala Lumpur, malam tadi.


Faisal juga melahirkan rasa bencinya kepada aksi AS di pentas antarabangsa yang telah dua kali memveto resolusi Pertubuhan Bangasa bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan gencatan senjata bagi menghentikan peperangan di Gaza.


"Banyak kali kita berhimpun di hadapan kedutaan AS tetapi mereka masih memekakkan telinga.


"Dua kali dalam persidangan PBB, AS tanpa malu veto apa yang dibawa oleh PBB untuk melakukan gencatan senjata (di Gaza)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page