top of page

Arus perdanakan wanita, cogankata Sangetha untuk Naib Ketua Wanita KEADILAN



Perjuangan wanita perlu diarusperdanakan bagi merealisasikan tekad "Wanita Nadi KEADILAN"


Menurut calon Naib Ketua Wanita KEADILAN, Sangetha Jayakumar, parti memerlukan lebih banyak kepimpinan wanita yang berwibawa bagi menarik minat rakyat mengundi parti itu pada pilihan raya.


"Saya menyedari usaha mengarusperdanakan wanita bukanlah mudah. Kita perlu keluar dari zon selesa yang kita diami sekarang demi mencabar diri untuk meneroka jiwa serta mencari keberanian mencuba inisiatif baharu.


"Pendirian saya jelas, bahawa kita perlu menjadi perubahan yang kita ingin lihat (Be the Change You Want to See).


"Oleh itu dalam pemilihan kali ini, saya turut menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Wanita Pusat membawa mesej Rangkulan Reformasi. Kejayaan agenda perubahan dan reformasi memerlukan usaha sama dari setiap anggota parti, tanpa mengira menang atau kalah kerana ianya adat pertandingan," katanya.


Selain itu, Sangetha juga menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja, Selangor.


Katanya, keputusan itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi bagi beliau yakin perubahan memerlukan keberanian untuk tampil ke hadapan bagi membuka jalan bagi wanita-wanita lain.


Pada masa sama tambahnya, beliau juga menyahut Tekad Wanita yang dilaungkan oleh Senator Fadhlina Sidek yang membawa aspirasi Wanita Nadi KEADILAN di mana Wanita harus ke hadapan dengan projek-projek yang fokus dan sasaran untuk komuniti atau "community based projects"


"Untuk itu, pada tahun 2021 ketika pandemik Covid 19 saya telah mengambil inisiatif melancarkan projek #GARAJKOMUNITI.


"Projek ini bertujuan menangani kos sara hidup yang dihadapi oleh masyarakat akibat masalah kewangan yang dihadapi. Oleh itu, projek Garaj Komuniti berperanan sebagai pemudahcara atau "bridge" untuk mengumpulkan pakaian, buku, permainan kanak-kanak, kasut dan lain-lain keperluan dari kalangan B40 dan T20 untuk disalurkan secara hormat dan teratur kepada rakyat yang memerlukan.


"#GARAJKOMUNITI diadakan buat kali pertama di Taman Sentosa, Klang pada Oktober 2021 dengan sambutan hangat. Hasilnya, kesemua baju yang dikumpulkan telah diagihkan sepenuhnya kepada penerima dan kami masih menerima pemintaan selepas itu.


"Projek ini kemudiannya direplikasi di Kuantan, Pahang pada November 2021 oleh Pejabat YB Fuziah Salleh. Bagi Pasca banjir Disember 2021, #GARAJKOMUNITI turut dianjurkan di Taman Sri Muda, Shah Alam selama 2 minggu," katanya.


Menurut sangetha, perojek tersebut telah berjaya mengedarkan lebih daripada 12 tan pakaian. Bagi projek yang akan datang pula akan dianjurkan pada 24 April 2022 bertempat di Desa Latania, Shah Alam, Selangor.


Katanya lagi, projek #GARAJKOMUNITI bukan sahaja berjaya kerana menggunakan kosep “Robinhood” untuk menangani masalah kemiskinan pelbagai dimensi, tetapi hasilnya terdampak kepada alam sekitar dalam usaha mengurangkan sampah dengan amalan penggunaan semula. Hal ini, kata Sangetha menghasilkan solusi menang-menang.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page