top of page

Armizan ganti Ewon sertai jawatankuasa teknikal Perjanjian Malaysia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Armizan (kanan) dalam sidang media bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi
Armizan (kanan) dalam sidang media bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi

Oleh: Akmal Manaf


Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah bersetuju secara dasar untuk melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali sebagai wakil dari Sabah bagi Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.


Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Bernidick yang juga merupakan Ahli Parlimen Penampang.


Sementara itu, rundingan pertama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah berhubung hak tuntutan 40 peratus hasil cukai negeri itu akan diadakan Isnin ini di Menara Kinabalu.


Menurut Armizan, usaha itu akan dimulakan di peringkat pegawai yang diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican, mewakili Kerajaan Persekutuan.


Kerajaan Sabah pula diwakili Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, memandangkan kerajaan Sabah ketika ini berada di bawah ‘caretaker’.


Kerajaan Persekutuan sebelum ini memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil, sebagaimana diputuskan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS) terhadap Kerajaan Malaysia.


Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan kerajaan akan merayu terhadap sebahagian daripada keputusan mahkamah, khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page