top of page

Arkitek harus pastikan bangunan baru ada infrastruktur internet - Fahmi



Arkitek tempatan disarankan agar memastikan reka bentuk setiap bangunan baharu yang bakal dibina di negara ini dilengkapi infrastruktur internet yang baik


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, hal itu selaras dengan keperluan akses rangkaian 5G yang telah sedia ada di Malaysia.


"Saya percaya banyak bangunan baharu, insya-Allah akan menjadi lebih lengkap... kita kini sudah ada 5G, jadi banyak struktur ini perlu disesuaikan supaya kita dapat memanfaatkan sepenuhnya internet terpantas yang kita ada.


"Ini penting kerana sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai Internet, selalunya saya yang akan dipersalahkan oleh Ahli Parlimen lain, kenapa ada beberapa bangunan tiada internet?


"Ia sebenarnya adalah sesuatu yang perlu kita pertimbangkan," katanya dipetik.


Ketua Penerangan KEADILAN itu berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan program Hujung Minggu Merdeka Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), di Kuala Lumpur pada Ahad.


Yang turut hadir ialah Presiden PAM, Abu Zarim Abu Bakar, dan Ketua pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page