top of page

Arahkan moratorium pelaksanaan hukuman mati - Hassan Karim



Pengumuman Kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori tidak lengkap tanpa menguatkuasakan moratorium atau penangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan terhadap pesalah.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, moratorium amat penting bagi menyelamatkan nyawa para pesalah yang telah dijatuhi hukuman sebelum ini.


"Keputusan Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori adalah satu langkah baik, progresif dan bersesuaian dengan prinsip asas Hak Asasi Manusia dan Perlembagaan Persekutuan.


"Sebagai Ahli Parlimen saya akan menyokong Rang Undang-Undang untuk memansuhkan hukuman mati mandatori apabila ia dibentangkan di Parlimen nanti.


"Saya menyeru Kerajaan supaya melakukan moratorium perlaksanaan ke atas semua banduan yang sedang menunggu untuk digantung sampai mati yang berada di penjara sekarang," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, untuk memudahkan perjalanan hukuman dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk kajian semula kepada setiap kes yang telah dijatuhi hukuman mati, Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Hak-Hak Asasi di bawah Perlembagaan mencadangkan agar Lembaga Pengampunan bersidang dan mengampunkan pesalah pesalah yang telah dihukum.


"Saya juga menyeru Lembaga Pengampunan oleh Raja-Raja dan Sultan pemerintah di setiap negeri di Malaysia termasuk Yang di-Pertuan Agong agar segera bersidang dengan kerap untuk dapat memberikan Pengampunan Diraja kepada banduan-banduan yang menunggu hukuman mati demi menyelamatkan nyawa mereka.


"Saya berharap penguatkuasaan pemansuhan hukuman mati mandatori inidilakukan secara retrospektif iaitu meliputi ke atas kes-kes hukuman mati yang telah diputuskan terdahulu," katanya lagi.


Hassan berpendirian pada akhirnya Malaysia haruslah memansuhkan sama sekali hukuman mati di negara ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page