top of page

Arahan henti tugas projek EKVE berjaya elak pencemaran air di Ampang



Kerajaan Selangor berjaya mengelakkan berlakunya pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Ampang berikutan arahan henti tugas ke atas pemaju projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).


Exco Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, arahan henti tugas yang dikeluarkan sejak tahun lalu itu berkesan mengelakkan hakisan di cerun dalam pembinaan lebuh raya berkenaan daripada mencemarkan sungai dan bekalan air mentah.


"Ini membuktikan keberkesanan arahan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor kepada pemaju terbabit,” katanya ketika melawat tapak projek itu semalam.


Katanya, Kerajaan Negeri akan meneliti secara serius mana-mana projek pembinaan baharu supaya tidak memberi kesan terhadap lembangan Sungai Selangor.


"Kita ada terima projek besar seperti pembinaan lebuh raya termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Jika pencemaran berlaku, ia akan memberi impak sangat teruk kepada pengguna.


"Jadi, kita akan teliti kerana tidak mahu insiden projek EKVE berulang," katanya.


Memastikan cerun dibaikpulih sebelum pembinaan disambung

Untuk LRA Ampang, menurut Hee, bacaan kekeruhan masih tidak membimbangkan dan pihak Air Selangor akan terus memantau perkembangan semasa.


"Nilai bacaan kekeruhan (NTU) air setakat ini adalah 200 iaitu pada tahap yang boleh diterima. Sekiranya mencecah 1,000 (NTU), maka LRA berpotensi untuk dihenti tugas.


"Kita beri masa untuk mereka baik pulih cerun menggunakan geotekstil dan longkang yang mengalirkan kelodak ke sungai berkenaan," katanya.


Hee berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menggunakan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 (Pindaan 2020) jika berlaku henti tugas LRA berpunca daripada pencemaran itu.


Projek EKVE bermula pada 2015 dan masih dalam arahan henti kerja sejak 13 Oktober 2020. Pemaju tidak dibenarkan melakukan kerja tanah serta pembinaan. Mereka hanya dibenarkan membuat kerja-kerja penstabilan dan penutupan cerun yang terdedah selain menyelenggara sebahagian cerun sungai yang runtuh ekoran tekanan air dari dalam tanah.


Menurut Hee lagi, pemaju itu sebelum ini dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM100,000 pada 2017 dan RM165,000 pada 2019 kerana projek itu didapati mencemarkan Sungai Ampang.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page