top of page

Arafah: Tingkat keimanan, teruskan perjuangan tegak keadilan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 6
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Umat Islam diseru agar mengambil peluang menjadikan Hari Arafah yang menjadi hari kemuncak ibadah haji untuk memperkukuh keimanan dengan meningkatkan doa dan bermuhasabah, demikian kata Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu.


Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata hari Arafah bukan sekadar salah satu hari dalam kalendar Islam, malah hari doa dimakbulkan, dosa diampunkan dan hati disucikan.

"Dalam suasana dunia yang semakin mencabar, marilah kita memperkukuh iman dan memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT dan sesama insan.


"Sesungguhnya perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan itu tidak pernah berhenti dan kita mesti terus teguh dan ikhlas dalam setiap langkah," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.


Semalam hampir 1.9 juta jemaah haji berwukuf di Arafah sebagai kemuncak ibadah tersebut manakala umat Islam Malaysia menjalani ibadah puasa sunat Arafah pada 9 Zulhijjah hari ini.


"Kepada jemaah haji, kita doakan agar ibadah mereka diterima dan dikurniakan haji yang mabrur.


"Bagi kita di tanah air, rebutlah peluang ini dengan berpuasa, berzikir, dan memohon keampunan," ujar Mohamad.

Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

Sementara itu Timbalan Presiden AMANAH, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pergerakan ibadat haji bermula dengan Arafah sebagai satu perjalanan transformasi diri menjadi hamba Allah yang lebih beramanah dan bertanggungjawab kepada Penciptanya.


"Arafah adalah perhimpunan untuk muhasabah diri dan muhasabah secara kolektif.


"Di celah jutaan manusia berada pada satu tempat setiap para hujjaj melihat ke dalam dirinya, refleksi kepada betapa kerdilnya dia di hadapan kebesaran Allah," ujarnya.


Jelas beliau perhimpunan di Arafah menelanjangkan wajah sebenar kebencian kaum dan agama yang senantiasa mencetuskan permusuhan atas nama kaum, bangsa dan keturunannya.


"Taaruf hakiki dengan semua pihak melucutkan keturunan, bangsa dan kaum malah pangkat dan darjat tidak akan dapat dilakukan melainkan di pad hari wuquf di Arafah," katanya.


Tambah beliau kemuncak amal pada hari wuquf adalah taubah kepada Allah bagi membina kekuatan baru supaya mampu bertransformasi kepada manusia baru menjadi hamba Allah yang benar-benar menghayati ajaran Islam.


"Bertaubat dari segala kerisauan di sekeliling kita dari kebencian, peperangan, bencana alam dan genoside di Palestine.


"Semoga hari Wuquf Arafah melebarkan refleksinya kepada kita semua dan kita akan sambut Adiladha dengan laungan takbir dan tahmid dengan penuh makna...," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page