top of page

APT 2025: Malaysia komited perkukuh infrastruktur digital serantau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

Datuk Fahmi memberi ucapan di Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) 2025, Jepun
Datuk Fahmi memberi ucapan di Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) 2025, Jepun

Malaysia menyatakan komitmen penuh bagi memperkukuh pembangunan infrastruktur digital yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing untuk rantau Asean.


Pendirian itu telah disampaikan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzi pada Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) 2025 yang sedang berlangsung di Tokyo, Jepun.


"Saya telah menyampaikan sokongan penuh Malaysia kepada Kenyataan Tokyo 2025 yang akan dilancarkan sempena APT, khususnya dalam membina infrastruktur digital berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Asia Pasifik," kata Fahmi menerusi satu kenyataan pada Jumaat.


APT, ditubuhkan pada 1979 melalui kerjasama antara United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) dan International Telecommunication Union (ITU).


Ia berperanan sebagai platform dasar dan teknikal bagi negara-negara di rantau yang paling pesat membangun dari segi teknologi.


"Malaysia menyambut baik peranan APT sebagai wahana kerjasama pelbagai hala, terutama dalam menyokong negara membangun membina kapasiti, memperkukuh kawal selia ICT, dan melaksanakan agenda digital yang lebih adil dan lestari.


"Malaysia juga bersedia bekerjasama dengan negara-negara APT lain untuk berkongsi inovasi dan membina masa depan digital yang inklusif dan mampan," jelasnya.


Sementara itu, Fahmi memaklumkan kehadirannya ke sesi khas menteri bertajuk ‘Sustainable Digital Infrastructure and Accessibility’.


Pada sesi tersebut beliau tekankan tentang usaha berterusan Kerajaan Madani dalam memperkukuh capaian dan keterangkuman teknologi termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.


"Dengan penembusan mudah alih mencapai 61 peratus dan pelaksanaan berkesan rangkaian 5G, Malaysia membuka lebih banyak peluang dalam sektor pendidikan, ekonomi digital, kesihatan, dan inovasi industri


"Malaysia terus komited memastikan akses sejagat dan pembangunan teknologi digital yang menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat, sejajar aspirasi Kerajaan MADANI," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page