top of page

Sabah terus melangkah maju di bawah Kerajaan MADANI — PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 2 min read

DS Anwar sentiasa menumpukan pembangunan sosio ekonomi di Sabah
DS Anwar sentiasa menumpukan pembangunan sosio ekonomi di Sabah

Sabah terus mengorak langkah sebagai sebuah negeri yang lebih maju dan makmur menerusi pelaksanaan dasar Kerajaan MADANI yang berpaksikan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan serta pemerkasaan sektor-sektor strategik negeri.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda pembangunan Sabah memberi tumpuan kepada sektor teras seperti tenaga, pelancongan, pertanian moden dan ekonomi biru, selain memastikan aspek keselamatan serta kedaulatan negeri terus diperkukuh.


"Sabah terus melangkah ke hadapan sebagai negeri yang lebih maju dan makmur di bawah Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan dasar yang berteraskan komitmen terhadap MA63, pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan, serta pemerkasaan sektor teras seperti tenaga, pelancongan, pertanian moden, ekonomi biru, selain jaminan keselamatan dan kedaulatan yang lebih kukuh dan utuh," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut PM, segala inisiatif pembangunan dirancang dan dilaksanakan kerajaan dengan semangat kebersamaan, ketelusan serta rasa tanggungjawab bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh rakyat Sabah.


"Semua inisiatif ini dirancang dan dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab agar manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Negeri di Bawah Bayu ini secara saksama, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman," jelasnya.


Mengulas hala tuju selepas pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu, Anwar menegaskan tekad Kerajaan Persekutuan untuk terus memperkukuh agenda pembangunan negeri itu.


"Insya-Allah, tekad ini akan diperkukuh pasca pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu bagi mempercepat agenda pembangunan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas dan penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selari dengan potensi sebenar negeri ini," katanya lagi.


Beliau menambah, segala usaha tersebut akan digerakkan selari dengan potensi sebenar Sabah sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber semula jadi dan kepelbagaian ekonomi, demi menjamin kesejahteraan jangka panjang rakyatnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page