Aplikasi N41 Batu Tiga, Pusat Khidmat DUN pertama dalam talian
- Redzuan Shamsudin
- Feb 2, 2021
- 1 min read

Aplikasi N41 Batu Tiga yang dilancarkan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor, Rodziah Ismail semalam merupakan Pusat Khidmat DUN pertama dalam talian di Malaysia.
Menurut ADN Batu Tiga itu, pusat khidmat dalam talian tersebut dirancang untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dari wakil rakyat dan Kerajaan Negeri tanpa perlu pergi ke pejabat dalam situasi pandemik Covid 19.
"Sistem ini diwujudkan bagi memudahcara perkhidmatan yang akan diberikan dari pusat khidmat saya kepada anda semua.
"Apa yang ingin saya kongsikan tentang bagaimana mudahnya berurusan dengan Pusat Khidmat Batu Tiga, hanya menggunakan apps, iaitu talian telefon bimbit anda masing-masing.
"Bagaimana menggunakan? Anda perlu muat turun aplikasi dan daftar hanya kali pertama. Kemudian pusat khidmat telah pun mengenalpasti identiti anda. Anda akan dibekalkan kod masing-masing," katanya dalam siaran Facebook sempena pelancaran apps berkenaan.
Menurut Exco Kerajaan Selangor itu lagi, pengundi di DUN Batu Tiga boleh menggunakan apps tersebut untuk mengadu masalah, memohon bantuan dan juga mendaftar skim-skim bantuan Kerajaan Negeri di dalam borang yang tersedia.
"Apa yang boleh anda perolehi dari sistem N41 Batu Tiga ini ialah anda boleh membuat aduan. Juga beri pandangan, kemukakan masalah atau (mendaftar) skim-skim sumbangan yang anda mohon kepada saya. Saya pula boleh secara langsung melihat perjalanan di Pusat Khidmat Batu Tiga.
"Mengambil kira pandemik Covid, kita tidak dapat berurusan secara bersemuka, dengan apps ini, warga DUN Batu Tiga boleh buat permohohan secara langsung sama ada bantuan makanan, peralatan asas dan sebagainya secara mudah," katanya.
Sebelum ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan aplikasi sama bagi Pusat Khidmat Parlimen Port Dickson, namun apps Pusat Khidmat Batu Tiga merupakan yang pertama di peringkat DUN.
Comments