top of page

Aplikasi laporan kerosakan jalan Selangor pendekkan masa pembaikan



Selangor mula memperkenalkan aplikasi pintar yang membolehkan rakyat melaporkan kerosakan jalan raya di negeri itu secara lebih terperinci.


Aplikasi yang dibangun dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya negeri itu memudahkan rakyat mengambil gambar jalan jalan rosak menggunakan telefon pintar dan menghantarnya ke aplikasi Pengurusan Aset Jalan Pintar.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sistem baharu itu akan menyokong aplikasi pelaporan jalan berlubang (IRS) yang sebelum ini dibangunkan oleh Smart Selangor Delivery Unit dan dengan lebih berkesan membantu Kerajaan Negeri mengesan jalan yang rosak.


"Melalui sistem ini, pengguna bukan sahaja boleh membuat aduan mengenai kualiti jalan dan bentuk muka bumi tetapi aksesori lain seperti lampu, lampu isyarat dan pembahagi jalan.


"Sistem ini sangat berkesan, sebab itu kita minta digabungkan dengan IRS yang mana sebelum ini memberi peluang pelaporan kepada awam dalam sistem Waze," katanya.


Menurut Amirudian lagi, kaedah pelaporan aduan akan diperluas ke media sosial menggunakan tanda pagar khas.


Beliau turut memaklumkan sistem itu telah diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan semua PBT akan menggunakannya selewat-lewatnya Jun tahun ini bagi menyeragam penyelenggaraan aset dan jalan raya.


Teknologi terbaharu tersebut dibangunkan oleh Selgem Sdn Bhd (Selgem) melalui tenaga pakar tempatan pada awal 2021 menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI), pengesanan dan perluasan cahaya (LiDAR).


Sistem ini juga dilengkapi dron pintar dan kamera 360 dalam proses pengecaman kerosakan jalan seperti lubang secara automatik, pendigitalan aliran kerja dan aduan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page