top of page

Aplikasi jejak lokasi Jualan Rahmah MADANI diperkenal - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenal aplikasi Info Jualan Rahmah Madani (PJRN) sebagai sebahagian usaha membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup.


Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, aplikasi tersebut yang dibangunkan bulan lalu bakal memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai lokasi penganjuran Program Jualan Rahmah Madani di seluruh negara.


Boleh dimuat turut melalui platform Google Play Store dan App Store, aplikasi tersebut memberi maklumat lokasi Jualan Rahmah yang sedang berlangsung sehingga radius 30 kilometer dari kawasan mereka.


"Inisiatif digital ini dibangunkan bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses maklumat dengan cepat dan tepat.


"Dengan adanya aplikasi ini, orang ramai boleh mengetahui lokasi jualan walau di mana sahaja mereka berada dengan lebih cepat dan mudah kerana ia turut menyediakan fungsi carian mengikut negeri dan daerah.


"Dengan aplikasi ini, ia sekali gus membantu pengguna mengetahui lokasi tepat, tarikh serta maklumat berkaitan program jualan yang dianjurkan," katanya dipetik.


Dr Fuziah berkata begitu dalam sidang media selepas Program Sentuhan Kasih Dan Jualan Rahmah Madani di Dewan Serbaguna PPR Kota Bharu, pada Sabtu.


Sementara itu menurut Dr Fuziah, sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 7,320 siri Program Jualan Rahmah Madani berjaya dilaksanakan di seluruh negara dengan 496 daripadanya diadakan di Kelantan.


Secara purata, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menganjurkan Jualan Rahmah Madani tiga kali sebulan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page