Aplikasi ADIL ditambahbaik, siar perkembangan terkini parti, terima aduan



Aplikasi ADIL yang digunakan KEADILAN dalam pemilihan pimpinan pelbagai peringkat beberapa bulan lalu kini ditambahbaik dengan pelancaran ADIL 2.0


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penambahan fungsi aplikasi tersebut akan membolehkan rakyat merapatkan jurang teknologi antara bandar dan luar bandar.


"Dua tahun lalu saya cuba menerangkan DNA 24, itu percubaan kita untuk menjelaskan kekuatan teknologi baru yang harus dikuasai rakyat


"Jika tidak dilakukan, akan ada kesenjangan di antara orang atasan bandar dan rakyat biasa. Digitalisasi ini kalau tidak diwaspadai akan menyebabkan kesenjangan melebar antara golongan kaya dengan golongan miskin.


"Itu menyebabkan kita mengenengahkan isu ini secara agreasif," katanya.


Bagi ADIL 2.0, kata Anwar, pengguna boleh membangkitkan permasalahan mereka menerusi aplikasi berkenaan terutama untuk mengadul hal, memberi cadangan dan pembaikan yang bukan sahaja terhadap parti tetapi persekitaran mereka.


"Sekarang kita perkenalkan aplikasi yang mana semua permasalahan boleh dibangkitkan dalam sistem ini.


"Kekuatan kita kalau dapat mencecah ratusan ribu ahli memanfaatkan sistem ini maka ia satu pendekatan baru untuk melibatkan rakyat terbanyak dalam aplikasi baru," katanya.


Sementara itu, menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, penambahbaikkan aplikasi memungkinkan orang ramai memuat turun apps berkenaan dan melihat aktiviti pimpinan serta anggota KEADILAN di dalamnya.


"Beza ADIL 1.0 dan ADIL 2.0 adalah dari segi penambahbaikan User Experience dan Chatbot yang kita masukkan


"Untuk pengguna, mereka boleh mendaftar, dapatkan status keahlian dan selain itu ada perkara lain seperti berita, dan semua acara yang melibatkan pimpinan KEADILAN, sama ada ceramah atau rapat mega, jelajah nadi rakyat dan sebagainya.


"Dalam ADIL Chatbot pula para pengguna boleh memberi maklum balas sama ada pandangan, cadangan, termasuklah aduan.


"Sama ada aduan bersifat PBT, atau aduan bersifat nasional, termasuk aduan isu rasuah," katanya.


Tambah Fahmi, selepas aduan dibuat maka pihak ibu pejabat yang mengendalikan sistem akan menghantar aduan berkenan kepada mana mana pihak relevan untuk melakukan tindakan segera.


"Ibu Pejabat KEADILAN akan disampaikan kepada wakil rakyat, calon (pilihan raya) atau Ketua Cabang untuk tindakan seterusnya.


"Ini satu cara menunjukkan siapsiaga kami berkhidmat dan menunjukkan keupayaan parti.


"Kita akan lihat beberapa perkara Chatbot yang akan membantu orang ramai, termasuklah maklumat di hujung jari mereka.


"Apliaksi ini juga boleh mengenalpasti sama ada tindakan telah diambil atau tidak," katanya lagi.


Selain itu, kata Fahmi, aplikasi berkenaan turut menawarkan ciri pengumpulan dana pilihan raya KEADILAN dan juga Ewallet.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER