top of page

APEC: PM fokus usaha bina daya tahan ekonomi serantau



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfokuskan kepentingan kerjasama serantau dan membina daya tahan ekonomi di rantau ini semasa menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan rasmi itu berkata, kerjasama tersebut perlu untuk melonjakkan ekonomi dengan tumpuan akan diberikan kepada ekonomi digital, ekonomi hijau serta ekonomi halal.


"Penting untuk membawa ekonomi utama ke meja (perbincangan) demi kestabilan, yang penting untuk pertumbuhan global," katanya.


Anwar akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta pegawai kanan kerajaan yang lain.


Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC kali ke-30 itu bakal berlangsung dari 14 hingga 17 November 2023.

Sementara itu menurut Zafrul, Malaysia berharap ekonomi anggota APEC akan bersatu mengenai cara membentuk kerjasama serantau dan diperkukuh, selain menjadi lebih terbuka, berdaya tahan dan lebih dinamik ke arah komuniti Asia yang lebih aman menjelang 2040 sejajar Visi Putrajaya 2040 APEC.


Anwar yang juga Menteri Kewangan akan berdepan jadual padat sepanjang berada di San Francisco.


Selain menghadiri sidang tersebut, beliau turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa Pemimpin pemimpin Ekonomi APEC untuk meneroka cara untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama.


Perdana Menteri turut akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) di antara syarikat BlackBerry dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kerjasama keselamatan siber.


Dalam rangka lawatan tersebut juga, Perdana Menteri akan menyampaikan syarahan umum kepada pelajar dan sarjana di Universiti California, Berkeley, memfokuskan kepada “Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia-Pacific – The View from Southeast Asia”.


Sebelum pulang ke Malaysia, Perdana Menteri akan menghoskan majlis makan malam dengan diaspora serta pelajar-pelajar Malaysia.


Perdana Menteri turut berhasrat untuk mengetengahkan situasi di Palestin, untuk meraih sokongan global, akses kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil sepanjang lawatan rasminya itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page