top of page

Apa yang terkandung dalam memorandum persefahaman Kerajaan PN - PH?



Pemeteraian memorandum persefahaman antara Kerajaan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan pada petang ini mencipta sejarah buat julung-julung kalinya kerajaan dan pembangkang bekerjasama demi mendahulukan kepentingan rakyat dalam perang melawan Covid 19 serta memulihkan ekonomi negara.


Namun apakah yang terkandung dalam Memorandum PersefahamanTransformasi dan Kestabilan Politik tersebut?


Pada dasarnya, reformasi yang dicadangkan untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebelum Parlimen dibubarkan pada 2022 telah pun menjadi perjuangan PH sejak sekian lama meliputi reformasi pentadbiran, kehakiman, peruntukan kesihatan dan sebagainya.


Terdapat 6 perkara yang dibariskan dalam memorandum persefahaman ini di bawah transformasi-transformasi yang dipersetujui kedua-dua pihak:


1. Pemerkasaan pelan Covid-19


  • Majlis Pemulihan Negara dibentuk oleh 50% pakar sektor awam dan swasta. Serta 25% wakil Ahli Parlimen kerajaan dan 25% Ahli Parlimen Pembangkang

  • Kerajaan membentangkan penambahan Dana Covid 19 sebanyak RM45 bilion, dari RM65 bilion seperti yang diluluskan oleh Parlimen tahun lalu, kepada RM110 bilion.

  • Peruntukan tambahan disediakan untuk meningkatkan dan menyegerakan usaha menyaring kes Covid-19, pengesanan kontak rapat dan pengasingan mereka yang positif atau “find, test, trace, isolate, support and vaccinate” (FTTIS +V) di samping meningkatkan kemudahan di hospital.

  • Kerajaan beri bantuan tunai RM10 bilion kepada rakyat dan akan disalurkan kepada 11 juta penerima dalam separuh kedua tahun 2021. Bantuan tunai ini akan diteruskan pada tahun 2022 untuk golongan B40 meliputi bantuan bersasar kepada golongan miskin tegar, miskin bandar dan M40 yang kehilangan pendapatan

  • Dana tambahan Kumpulan Wang Covid-19 akan digunakan bagi membantu insentif pengambilan pekerja serta meningkatkan pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk kumpulan informal dan mikro

  • Meningkatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan dengan mempercepatkan pembelian tambahan sejumlah 6 juta dos vaksin lagi yang dijangka akan diterima menjelang awal September 2021

  • Mengusahakan pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus (50%) terbawah daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga (3) bulan pada suku keempat 2021


2. Transformasi Pentadbiran


  • Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentang dan dilulus di Parlimen

  • Memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempercepatkan lagi tindakan untuk pelaksanaan pendaftaran umur minima pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara otomatik

  • Membentangkan dan meluluskan suatu RUU Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi sepuluh (10) tahun.

3. Reformasi Parlimen


  • Membentang dan meluluskan Undang-undang berkaitan Perkhidmatan Parlimen setelah diadakan perbincangan, libat urus dan persetujuan Yang Di-Pertua kedua-dua Dewan untuk mewujudkan semula kebebasan kewangan dan pentadbiran Parlimen.

  • Memastikan Parlimen menstruktur semula Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedia ada dan menambah lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengikut keperluan dengan Jawatankuasa Dewan bagi kedua-dua Dewan

  • Memastikan jumlah Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang supaya terbayang di dalamnya kadar parti masing-masing di dalam Majlis seperti termaktub di dalam Perkara 82(1) Peraturan Mesyurat

  • Melaksanakan pindaan-pindaan yang perlu kepada Peraturan Mesyuarat (Standing Order), tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan Yang Di Pertua kedua-dua Dewan, bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara berjalan secara teratur dan berkesan

  • Memperuntukkan dan menyalurkan peruntukan yang bersamaan dengan Ahli-ahli Dewan Rakyat Kerajaan kepada semua Ahli-ahli Dewan rakyat yang terlibat dalam Persefahaman ini, untuk menjamin khidmat yang berkesan dan manfaat akhir dinikmati rakyat

  • Memastikan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat diberi hak dan kemudahan yang sewajarnya bagi memastikan Ketua Pembangkang

  • Dewan Rakyat dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih efektif dan menyeluruh


4. Kebebasan Institusi Kehakiman


  • Memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman, tranformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara.


5. Perjanjian Malaysia MA63

  • Memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya.


6. Jawatankuasa Pemandu


  • Menubuhkan suatu Jawatankuasa Pemandu seramai sepuluh (10) orang yang terdiri dari lima (5) orang wakil Kerajaan yang dinamakan oleh YAB Perdana Menteri dan lima (5) orang wakil Pembangkang yang bertindak sebagai perunding, pemudah cara dan perwakilan sah bagi kedua-dua pihak.

  • Jawatankuasa Pemandu ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setiap dua (2) minggu, atau mengikut jadual yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page