
Timbalan Ketua AMK Terengganu, Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali tampil mempersoalkan perkembangan terkini mengenai aplikasi MyTrace Malaysia.
Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada 14 April 2020 yang menyatakan di akaun rasmi Twitter beliau sendiri bahawa aplikasi MyTrace akan disiapkan dalam masa beberapa hari lagi.
Katanya, pada 11 Mei 2020, Astro Awani juga mengeluarkan tentang penjelasan beliau pada program Cerita di Astro Awani.
"Apakah perkembangan aplikasi tersebut memandangkan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin telah mengumumkan kemudahan-kemudahan kepada bagi individu yang telah menerima vaksinasi yang lengkap.
"AMK meragui tentang perkembangan perkara ini memandangkan laman web rasmi kementerian yang bertanggungjawab telah memadam ciapan
tentang aplikasi ini," katanya.
Wan Muhamad Haikal berpendapat bahawa aplikasi ini dapat membantu untuk memastikan negara dapat mengawal Covid-19 walaupun diberi kelonggaran berdasarkan penjelasan menteri sendiri sebelum ini.
"Jadi ianya penting untuk rakyat Malaysia status aplikasi MyTrace Malaysia. AMK juga mahu jawapan tentang adakah peruntukan sudah diberikan dalam proses untuk menyiapkan aplikasi terbabit.
"Jika ada, berapakah jumlah yang sudah digunakan. Rakyat berhak untuk mengetahui tentang segala peruntukan yang digunakan kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa," katanya.