top of page

Apakah status siasatan terhadap ADUN PN selepas 9 bulan?


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempersoalkan status siasatan terhadap seorang ADUN Perikatan Nasional selepas 9 bulan berlaku dakwaan kes yang melibatkan beliau.


Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab berkata, dakwaan yang melibatkan Hilman Idham, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia itu tidak boleh dibiarkan terus senyap sunyi dan mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat.


"Kami ingin mempersoal mengapa pihak polis belum mengambil sebarang tindakan selepas sembilan bulan kes berkenaan dilaporkan. Adakah terdapat campur tangan politik dalam kes ini?


"Mangsa telah membuat laporan polis pertama pada 5 Disember 2020 yang mendakwa dua lelaki merogolnya, namun menarik balik laporan pada 8 Disember 2020 kerana mendakwa diugut.


"Mangsa bagaimanapun berubah fikiran dan meminta siasatan dilakukan pada Januari.


"Mangsa juga membuat laporan polis kedua pada 8 Mei 2021 dan mendakwa Hilman ‘merancang’ insiden tersebut setelah makan malam sempena sambutan hari jadi dan sesi karaoke di sebuah hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.


"Kelmarin sekali lagi wanita berkenaan tampil ke IPK Kuala Lumpur bersama peguam beliau untuk mengetahui perkembangan kes berkenaan. Ini selepas surat mereka sebelum ini tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak Polis. Menurut peguam wanita berkenaan, satu saman akan difailkan jika surat terbaru hari ini tidak dijawab dalam masa tujuh hari," kata Syukri dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, pihak polis perlu tegas dalam melakukan siasatan tanpa mengira jawatan politik atau kedudukan seseorang.


Katanya, kes yang dibiarkan berlaku begitu sahaja melibatkan individu yang rapat kepada menteri kanan pula akan menyebabkan integriti pasukan polis dipersoalkan.


"AMK menggesa pihak polis telus dalam menjalankan siasatan tanpa mengira latar belakang individu terbabit. Sebarang aduan melibatkan jenayah seksual perlu diambil perhatian tegas dan segera.


"Isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan integriti pihak polis dan sistem perundangan negara. Pihak polis perlu segera menyelesaikan siasatan terbabit seterusnya mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan walaupun ia melibatkan Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


"Ia tidak sepatutnya mengambil masa siasatan yang terlalu lama kerana hasil siasatan perlu dibawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan agar nasib mangsa dapat dibela. Ketelusan pihak polis penting dalam memberi jaminan kepada rakyat bahawa badan penguasa dan sistem

perundangan di negara ini selamat buat rakyat marhaen," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page