top of page

Apakah nilai RM100 juta hadiah kepada Najib buat rakyat?

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 19, 2021
  • 2 min read


Nilai hadiah hartanah RM100 juta yang diberikan oleh Kerajaan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak begitu besar bagi beliau, atau kabinet PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Namun, menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Manivanan Gowin, nilai tersebut amat besar bagi rakyat biasa.


Khususnya, kata Manivanan, buat pengundi di Melaka yang akan mengundi esok, perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan apakah akan menyerahkan masa hadapan mereka sekali lagi tangan BN atau pun Pakatan Harapan (PH).


"Dalam masa 24 jam terakhir ini, masyarakat Malaysia digemparkan dengan isu Datuk Seri Najib dan rumah istimewanya bernilai 100 juta.


"Semalam di Parlimen, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz telah mengesahkan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Barisan Nasional bersama Perikatan Nasional telah menerima permohonan bekas PM, Najib Razak untuk mendapatkan rumah kediaman dengan keluasan 2,800 ekar bernilai RM100 juta.


"Warga Malaysia perlu membayangkan nilai RM 100 juta. Nilai ini amat besar dan ianya mampu membantu ramai warga miskin, golongan terpinggir dan B40.


"Kerajaan yang prihatin sewajarnya menggunakan RM 100 juta ini, mengubahkannya dalam pelbagai bentuk bantuan rakyat miskin yang memerlukan secara ikhlas dan jujur," katanya dalam sidang media, petang ini.


Bagi Manivanan, warga Melaka perlu mencongak nilai hadiah kepada Najib itu jika diberikan kepada rakyat dan membina kemudahan awam, berapa banyakkah yang mereka perolehi?


"Warga Melaka perlu mengetahui nilai RM 100 juta sekiranya dibelanjakan di Melaka maka mampu menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat dari golongan miskin, golongan terpinggir dan B40 di negeri ini," katanya.


Manivanan turut membacakan perbandingan nilai RM100 juta sekiranya diberikan kepada rakyat. Katanya nilai itu mampu membina 2,500 rumah mampu milik B40 di Melaka. Atau membina 3 buah hospital, membina 5 buah sekolah atau menyelamat 5,000 keluarga M40 dari jatuh ke tahap B40, juga boleh digunakan membantu sekitar 10,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Melaka.


"Saya mempunyai tanggungjawab dan amanah mengingatkan warga Melaka, kebanyakan usahawan yang memerlukan bantuan IKS dan PKS adalah terdiri daripada masyarakat Melayu dan India serta segelintir daripada masyarakat Cina. Ini bermaksud, nilai RM 100 juta mampu membantu 10,000 usahawan kecil dan sederhana.


"Maka, nilai RM 100 juta, bukanlah satu nilai yang kecil. Nilai seperti ini seharusnya digunapakai untuk membantu dan menaikkan taraf golongan miskin, golongan terpinggir untuk memastikan mereka meneruskan kehidupan dengan kesejahteraan maksimum.


"Kita wajar menilai, adakah kerajaan yang 'prihatin' wajib membantu seorang yang bernama Datuk Seri Najib atau 10,000 rakyat biasa yang terdiri daripada golongan miskin, golongan terpinggir dan B40?" katanya.


Tegas beliau yang juga Ketua Unit Perundangan JPRP KEADILAN, warga Melaka mempunyai ruang dan peluang untuk menghantar satu isyarat esok kepada pimpinan Kerajaan BN dan PN, dengan memberi sokongan dan mandat yang kukuh iaitu mengundi calon Pakatan Harapan.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page