top of page

Apakah merit, kelebihan Tajudin dilantik sebagai duta besar ke Indonesia?

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 20, 2022
  • 2 min read


Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia terus dipertikaikan pelbagai pihak.


Terbaharu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir mahu kerajaan BN menjawab apakah Malaysia ketandusan diplomat yang berpengalaman untuk dilantik ke jawatan berkenaan, melainkan seorang ahli politik terpaksa menggalas tugas diplomatik rasmi.


"Saya mengambil pendirian bersolidariti bersama-sama pegawai diplomatik lain dan menaruh keyakinan bahawa pelantikan Datuk Seri Tajuddin ke satu peranan yang sangat kanan dan penting ini telah menafikan ruang penjawat awam dan pegawai diplomatik yang lebih berkaliber serta berkelayakan.


"Saya yakin pelantikan secara sambalewa yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini meninggalkan satu duluan yang cukup buruk, malah telah merosakkan sistem pemilihan duta bagi negara kita," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Akmal lagi, merit sepatutnya menjadi pertimbangan utama dalam lantikan jawatan duta besar.


Malangnya kata beliau, Tajuddin tidak mempunyai pengalaman sebagai pegawai diplomatik untuk dijadikan kayu ukur kelayakan.


"Tindakan Perdana Menteri yang tidak mengutamakan merit sebagai pertimbangan utama dalam pelantikan jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia adalah amalan yang tidak sihat dan membimbangkan.


"Saya juga bersolidariti bersama anak muda yang kecewa melihat pendekatan kerajaan ini yang tidak meletakkan pertimbangan merit sebagai amalan pelantikan peranan-peranan yang penting.


"Saya berpandangan keras tindakan ini akan membantutkan usaha kita untuk menarik bakat-bakat terbaik anak-anak muda berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam di segenap segmen dan bidang," katanya.


Oleh itu, Ahli Parlimen Johaor Bahru itu turut mengecam Bersatu dan Pas yang bersama di dalam kerajaan BN - PN tetapi tidak menegur sikap semberono pemimpin Umno.


"Saya kecewa melihat amalan melakukan lantikan politik secara keterlaluan oleh kerajaan BN sebelum ini diteruskan kembali di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri, dan menggesa pimpinan daripada Pas serta Bersatu untuk turut menzahirkan pandangan terkait pelantikan ini.


"Malah persoalan yang dibangkitkan oleh sesetengah pimpinan dan Ahli Parlimen Umno menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena terhadap pelantikan tersebut, dengan kenyataan dangkal dibuat oleh seorang Timbalan Menteri Umno menjustifikasikan pelantikan itu dengan jawatan yang dipegang oleh Tajuddin sebagai Pengerusi Beckbanchers BN, ini menunjukkan kerajaan sudah hilang pertimbangan kepentingan negara malah dibuat hanya untuk kepentingan individu tertentu," katanya.


Tegas Akmal, berdasarkan persoalan persoalan yang dinyatakan tersebut beliau berpandangan Perdana Menteri Ismail Sabri sebaik baiknya menilai semula keputusan yang diambil, bukan sahaja demi kepentingan negara malah demi aspirasi anak muda Malaysia.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page