top of page

Apakah Kerajaan PN terancam dengan kejayaan Kongres Wanita KEADILAN?


Arahan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) terus dipertikaikan.


Terbaharu, Ketua Jawatankuasa Publisiti dan Media Kongres Nasional Wanita KEADILAN Ke-15, Loh Ker Chean mempersoalkan adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berasa terancam selepas Wanita KEADILAN berjaya menganjurkan kongres maka kebenaran yang diberi, ditarik balik.


Katanya, sebelum itu MKN telah pun mengizinkan penganjuran kongres tetapi pada petang 4 Jun surat arahan penangguhan dikeluarkan.


"Saya merujuk kepada kenyataan media Pengarah Kongres Nasional KEADILAN, Nik Nazmi bahawa Kongres Nasional KEADILAN secara dalam talian sepenuhnya yang sepatutnya diadakan (hari ini) telah ditangguh atas arahan MKN melalui surat yang diterima lewat petang 4 Jun.


"Saya berasa amat terkejut dengan keputusan u-turn oleh MKN ini, kerana surat makluman tersebut diterima pihak penganjur hanya pada saat terakhir hari bekerja, dan selepas Kongres Nasional Wanita berjaya diadakan pada hari tersebut pada jam 2 petang. Ini juga kerana keputusan awal MKN pada 27 Mei menyatakan ia tiada halangan untuk Kongres Nasional ini diteruskan.


"Persoalan saya adakah PM Tan Sri Muhyiddin berasa terancam selepas Wanita KEADILAN membuktikan berkongres dalam talian sepenuhnya dengan mematuhi prinsip demokrasi bermesyuarat adalah praktikal dilaksanakan kepada semua rakyat?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN itu berkata lagi, keputusan u-turn berkenaan menyebabkan persoalan yang lebih pelbagai timbul dalam kalangan rakyat mengenai tindakan tersebut dan mengaitkannya dengan kegentaran kerajaan PN membuka sidang Parlimen.


"Keputusan u-turn MKN menimbulkan pelbagai soalan dan persepsi di kalangan umum. Adakah Kerajaan PN takut jika Kongres Nasional berjaya maka sudah tiada sebab musabab untuk menangguhkan sidang Parlimen secara maya?


"Pada saat yang genting ini, ketika mana usaha mengekang penularan wabak Covid-19 masih belum selesai, Kerajaan PN seharusnya mempertimbangkan semua pendekatan yang ada bagi megembalikan negara ke landasan yang betul, dan ianya wajib bermula dengan persidangan Parlimen," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page