top of page

Apabila langau-langau 'berbicara' yang 'busuk-busuk' juga dicanang



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Apabila langau-langau 'berbicara' pastilah cerita yang 'busuk-busuk' juga yang dicanangkan.


Ini kerana langau adalah spesis serangga yang hidupnya lebih gemar menyedut udara busuk dan amat anti wangi-wangian daripada jenama apapun.


Inilah analogi yang saya mahu gunakan dalam tulisan kali ini bagi menggambarkan betapa kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid (Nik Elin) telah dipolitikkan secara melampau dengan niat jahat cuba memesongkan fikiran rakyat.


Walaupun Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimunah Tengku Mat telah menjelaskan "Kes ini bukan untuk menjatuhkan martabat Mahkamah Syariah. Pempetisyen hanya mencabar kuasa DUN Kelantan untuk membuat undang-undang yang mana telah melanggar Perlembagaan Persekutuan.


"Dengan kata lain, isu di hadapan kami tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah di negara ini.


"Sama ada Islam atau mahkamah syariah dipertahankan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam petisyen ini," ujar beliau.


Percubaan memburukkan Kerajaan Madani


Apalah mahu diharapkan kebenaran yang bakal dinyatakan jika langau-langau yang bersuara itu sudah berhati hitam.


Pastilah suara mereka lebih berupa kecaman dan bertujuan memburuk-burukkan Kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pertama, harus disedari bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu itu hanya membatalkan 16 undang-undang syariah yang didapati bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


Ini bermakna, bukan sahaja undang-undang syariah masih kekal tegak berdiri di Kelantan, bahkan 16 kesalahan syariah yang dibatalkan itu, undang-undang di bawah Kanun Keseksaan Perlembagaan Persekutuan masih lagi berkuatkuasa.


Bagaimana Islam boleh terancam?


Ertinya, tiada sesiapa yang bebas melakukan jenayah di bawah 16 kesalahan tersebut. Lantaran itu, bagaimana mahu dikata Islam sudah terancam?


Yang kedua, keputusan Mahkamah Persekutuan adalah berpaksikan teras bernegara iaitu Perlembagaan Persekutuan yang merupakan perkara paling tinggi dan tiada undang-undang boleh berkuatkuasa sekiranya bercanggah dengannya.


Di sini menunjukkan wujud kelemahan atau kecuaian di pihak DUN Kelantan ketika meluluskan 16 undang-undang tersebut sebelum ini.


Yang ketiga, mahkamah adalah institusi bebas yang berhak membuat keputusan berdasarkan fakta dan keterangan dibentangkan di depan mata para hakim yang bijaksana.


Kerajaan tidak berhak campurtangan, apa lagi memberi arahan kepada mahkamah membuat sesuatu keputusan yang hanya mengenakkan mereka sahaja.


Memburuk dan menyalahkan kerajaan pusat dalam isu Nik Elin ini memanglah kerja paling mudah, tetapi ia juga memperlihatkan sifat langau yang sentiasa bersarang dalam diri mereka yang berkaitan.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page