top of page

Apa yang dilakukan oleh kerajaan PH ke atas projek kapal LCS?



Pakatan Harapan (PH) tidak meluluskan projek pembinaan kapal LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) namun cuba untuk memperbaiki keadaan dan meneliti apakah yang berlaku selepas RM6 bilion dibelanjakan.


Menurut mantan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan Timbakan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong, satu siasatan telah dilakukan sebaik sahaja PH memulakan pemerintahan dengan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) pada 30 Mei 2018 dan Tan Sri Ambrin Buang dilantik sebagai pengerusinya.


"Kerajaan PH cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan projek LCS. Tan Sri Ambrin membentangkan laporan siasatan LCS kepada Kementerian Pertahanan pada 20 Ogos 2019.


"Pegawai Kementerian, pihak TLDM dan pihak kontraktor juga berusaha mencari jalan penyelesaian," kata mereka dalam kenyataan media.


Kemudian, menurut mereka, Pengerusi JKSTUPPK, Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Ariffin Buang, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Reza Sany serta pegawai-pegawai kanan Kementerian memberi taklimat kepada mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Februari 2020.


Sesi tersebut juga dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.


Menurut mereka, PM telah membuat keputusan yang mengandungi 3 perkara penting tetapi pelaksanaannya tidak berlaku kerana dua minggu selepas itu kerajaan PH digulingkan.


"Dalam mesyuarat tersebut, mantan Perdana Menteri memutuskan bahawa mereka yang membuat salah laku mesti dibawa ke muka pengadilan; Pasukan pengurusan BNS dirombak;


"Manakala projek LCS dianggap sebagai projek sakit dan akan menerima suntikan dana untuk ganti balik dana yang disonglap.


"Kementerian Pertahanan diarahkan untuk membentang kertas Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Malangnya, apa yang dirancang tidak berlaku berikutan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH," kata mereka lagi.


Justeru, kata mereka, gembar gembur pemimpin BN terutama yang terlibat pada peringkat awal projek kapal LCS kononnya tindakan kerajaan PH menyebabkan kapal tidak siap atau lewat diserahkan kepada TLDM adalah karut sama sekali.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page