top of page

'Apa takut sidang Parlimen, bukan boleh tukar kerajaan pun' - Fahmi


Sikap berdiam diri kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang masih tidak menyatakan bilakah tarikh untuk mengadakan sidang Parlimen menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, hal itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan rakyat apakah yang ditakuti oleh kerajaan PN, sedangkan mereka mengawal 100% perjalanan Parlimen.


"Kalau Parlimen bersidang pun tidak bermakna sesiapa akan masukkan usul Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya. Sebab sebarang usul yang dibawa ke sidang akan ditapis oleh Speaker dan Setiausaha Dewan Rakyat. Sebelum ini, pada Disember 2020 kita ada 2 usul Undi Percaya dan 20 usul Undi Tak Percaya. Ada dalam aturan mesyuarat, tetapi tak naik pun usul itu. Apa nak ditakutkan?


"Yang ada suara. Suara sahaja pun takut ke? Pandangan pun takut ke? Masalah rakyat pun takut?" tanyanya dalam siaran Facebook, malam tadi.


Menurut Fahmi, sidang Parlimen perlu bagi memastikan bantuan-bantuan yang diumumkan kerajaan sampai kepada rakyat melalui semak imbang wakil-wakil pembangkang.


Begitu juga, katanya, wakil pembangkang akan membangkitkan isu-isu yang membelenggu rakyat agar boleh diatasi secara kolektif.


"Saya berpandangan apa yang kita perlu adalah sidang untuk tentukan dasar-dasar. Saya akan perjuangkan kurangkan kompaun. Kompaun tidak berjaya. Kompaun hanya menambahkan kesensaraan rakyat.


"Itu saja kejayaan kompaun, tak turun pun kes Covid. Jangan sangka lebih tinggi kompaun orang akan lebih patuh. Sebaiknya beri nasihat, atau halau balik. Orang B40 bayar beberapa ratus ringgit, dengan tak boleh bekerja, tak dapat komisen macam mana nak hidup?


"Kedua bantuan kepada rakyat perlu ditingkatkan, bukan sahaja wang. Ada yang berniaga tak mampu bayar sewa, tuan tanah kata tak mampu, keluar.


"Kerajaan saya nampak tidak berjaya memastikan syarikat-syarikat tak gulung tikar. Ada yang kata dari 10 perniagaan 4 sudah gulung tikar.


"Parlimen tak bersidang, kalau tidak kita boleh tanya menteri (mengenai statistik)," katanya.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mahu kerajaan PN tidak lagi berdolak dalik untuk mengumumkan tarikh sidang.


Katanya, jangan perlecehkan titah Agong buat kali ketiga untuk segera membuka Parlimen.


"Bila Agong beri titah Parlimen perlu bersidang secepat mungkin apakah maksudnya? Adakah bulan September, Oktober atau minggu ketiga Ogos?


"Maksud secepat mungkin ialah sebelum 1 Ogos. Itu mesej paling jelas, saya harap Tan Sri Mahiaddin dan juga Speaker yang kita kasihi Datuk Azizan yang kita belum baca kenyataan balas beliau (faham).


"Ambil maklumlah Tuanku telah menyatakan pandangan 3 kali. Bukan Tuanku nak suruh tukar kerajaan. Tuanku titah kita bahas Ordinan Darurat, Proklamasi Darurat dan Pelan Pemulihan negara. Atasi Covid 19 dan ekonomi rakyat.


"Itu yang perlu kita bahaskan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page