top of page

Apa status dana RM150 juta beli 150,000 laptop untuk pelajar?


Kerajaan digesa menjelaskan status terkini peruntukan Belanjawan 2021 melibatkan dana RM150 juta untuk membeli 150,000 komputer riba yang akan disumbangkan kepada 500 buah sekolah di seluruh negara.


Beliau berkata walaupun peruntukan itu telah diumumkan 6 November lalu oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz, pihak kerajaan masih belum mengumumkan sama ada laptop itu sudah diserahkan oleh para pelajar yang memerlukan.


"Sejak sesi persekolahan bermula dalam keadaan hampir kesemua pelajar terpaksa melakukan pembelajaran atas talian, dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 nampaknya mungkin dilanjutkan berkali-kali, kita belum dengar berita status penyerahan laptop-laptop ini," katanya.'


Justeru, Fahmi menggesa Tengku Zafrul untuk segera memberi penjelasan status 150,000 laptop.


"Apakah spesifikasi laptop, dan berapakah harganya, adakah vendor laptop itu dipilih secara tender terbuka atau rundingan terus.


"Bagaimana 150,000 pelajar ini dipilih, bagaimana 500 sekolah itu ditentukan, apa tindakan jika pelajar tiada internet di rumah, atau kawasan perumahan tiada liputan internet dan jika belum lagi diserahkan, mengapa?" soalnya.


Disebabkan terlalu banyak persoalan penting, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menganggap adalah wajar ia dijawab ketika sesi sidang Parlimen walaupun dalam tempoh darurat.


"Ini antara contoh soalan yang boleh ditanya dan wajib dijawab oleh menteri di Parlimen Malaysia. Jika tidak menjawab, berbohong atau mengelirukan Dewan, maka menteri boleh dikenakan tindakan. Inilah kepentingan Parlimen: meneliti tindak-tanduk eksekutif.


"Oleh itu, jika sekolah, kilang, kedai makan, masjid, mahkamah, IKEA, Victoria Secret dan banyak lagi boleh buka - Parlimen juga perlu dibuka. Demi semak imbang, demi demokrasi, dan demi mengangkat suara rakyat. #BukaParlimen," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page