top of page

Apa SPRM buat dengan kes rasuah Xavier Jayakumar?


Naib Ketua AMK, Thiban Subbramaniam mempersoalkan mengenai perkembangan dakwaan kes rasuah terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar.


Beliau berkata, Xavier disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, namun beliau kemudian mengumumkan peletakan jawatan selaku Naib Presiden KEADILAN serta keluar dari parti.


"Beliau juga kemudiannya mengumumkan sokongan beliau terhadap kerajaan Perikatan Nasional.


"Namun sehingga hari ini SPRM masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung perkembangan siasatan kes terbabit.


"Umum mengetahui dalam situasi kerajaan yang tiada keabsahan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, kita tidak menolak sebarang kemungkinan proses membeli Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong kerajaan yang sudah kehilangan majoriti sedang berlangsung," katanya.


Tambahnya, tanggapan umum juga memperlihatkan pemimpin politik yang terlibat kes rasuah akan terus 'diikat' dengan dakwaan selagi masih menyokong kerajaan.


"Setakat ini kerajaan PN telah menggugurkan lebih 70 kes rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Ahli Parlimen dalam BN dan PN.


"Dalam ketidaktentuan politik hari ini, SPRM sepatutnya lebih kerap berhubung dengan awam dan memaklumkan perkembangan siasatan kes berkenaan bagi mengelak tanggapan negatif bahawa dakwaan rasuah boleh 'disucikan' jika menyokong kerajaan.


"Tindakan SPRM yang mendiamkan diri dan tidak memaklumkan perkembangan siasatan itu boleh menjurus kepada defisit kepercayaan tentang kebebasan agensi itu.


"Adakah Xavier juga 'diikat' dengan kes beliau yang masih tergantung agar beliau terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan Mahiaddin Yassin?" soalnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page